Wednesday, August 31, 2011

Indahnya sungguh di hari raya

Jadi merancanglah berhari raya di rumah kwn2. Kah3

Macam biasalah, mesti tak jd. Kah3

Kah3. Pathetically laugh, I suppose.

Saturday, August 20, 2011

Mengekang kekangan

Kebelakangan ni, aku selalu pulang ke Kedah dan kembali pulang ke Perak dalam masa yang sangat dekat. It has been a routine.Walau pun jasad aku di Kedah sekarang but still it just goes the same. Masih tak boleh jumpak. Haha.

Kekangan kenderaan adalah punca utamanya. So,kena beli kenderaan sendiri la agaknya? Takmau, nanti kena keluar duit banyak tak boleh dah aku nak beli benda lain. Jadi aku rasa basikal adalah benda yang paling best sekali buat aku sekarang. 

Tapi tak apa kot orang kata jauh di mata kat hati dekat. It sounds cliche? Lantaklah jugak kan dengan pendapat mereka.

Tapi aku juga turut takut memikirkan andai tiba suatu hari di mana a beautiful friendship is no longer beautiful when everyone is so busy with life. They think, they are chasing life but actually they are leaving it. Ouh, hopefully we are not. 

Friendship is like plants? You have to nurture it, I guess. If not, it will wilt. Nak bagi subur balik bukan mudah kot or memang tak buleh dah? I don't know, I haven't plant a single plant pun. 

And it always take two to tango. Kalau sebelah pihak, mula-mula it's probably okay. But if it occurs several times, repeatedly, who stands it? Some might be able la kot, yg jenis org lembut hati tuh. 

So, there are advances in technology, you can connect to each other several times a week, a month, a year, a decade, bla bla bla. Ataupun kirimkan doa pun bagus kan. Semoga kasih sayang terasa hidup ja walau katalah dah bertahun tak berjumpa. 



p/s: I suggest ampa buh label kat bwh entry ampa dengan ur names, bukan apa, esok kata la ada org nak cari ampa, dia boleh klik kat nama ampa ja. kot2 la tua2 esok ampa jd org baguih2, jd ada org nak kaji sejarah hidup ampa. Haha.



Wednesday, August 17, 2011

REUNION AXIS family

SABTU. 30 Ogos 2011


Kira-kira jam 0200 aku selamat tiba di Stesen Bas Jitra. Ayahku sudah sedia menanti di kereta. Aku mula rasa malas nak ke Langkawi tatkala perutku mula meragam menandakan gastric sudah menyerang. Nasi tomato di bawah tudung saji kujamah dengan lahap. Bukan sebab lapar, sebab perut dah sakit. Kemudian, sambung tidur di bawah lampu menyinar untuk mengelakkan terlajak tidur memandangkan pengarah program dan ketua batch sudah memberi amaran supaya bertolak awal. Tepat jam 6 pagi aku bangun, arghhhhhhh. Setengah jam untuk bersiap, mampukah? Cepat- cepat aku membersihkan diri dan solat. Namun, ditahan bersarapan dulu oleh kedua ibu bapaku. Rasa berdosa jika menolak ajakan mereka semata-mata untuk kawan-kawan. Aku akur. Pukul 7 pagi baru bertolak ke Kuala Perlis, perjalanan mengambil masa 15 minit. Aku berjaya membeli tiket feri trip kedua pada pukul 8.15. huh! Kesian kawan-kawan kena tunggu aku. Berkali-kali aku menegaskan agar mereka menjalankan aktivit Island Hopping tersebut tanpa menunggu aku, namun,mereka berkeras juga. Terharu. Jam 0930 aku tiba di jeti Kuah. Berlari-lari anak sambil menjinjing bagasi dan jaket , memintas semua orang, hiraukan saja pandangan-pandangan pelik, asalkan aku boleh jimatkan masa. Seperti yang dijangka, avanza putih sedia menanti di paging area. Bahagia. Pertemuan kembali bersama rakan-rakan lama setelah 2 tahun tidak bertemu. Hilang segala masalah. Hilang segala resah. Yang ada hanya senyuman, gelak tawa, dan hati yang berbunga riang. Di sepanjang perjalanan, suasana di dalam kereta agak meriah. Masing-masing riang berceloteh. Yang paling penting aku dapat meluangkan masa bersama Alin, wajah itulah salah satu ubat penenangku, sejak di bangku sekolah rendah lagi. Wajah itu juga yang selalu menemaniku.

Boleh tahan laju pengarah program drive,mungkin kerana sudah terlambat.argh! rasa bersalah. Setelah kaki menjejak pasir tempat penginapan, aku bergegas mencari bilikku. Menukar pakaian untuk berurusan dengan air laut dan terik matahari. Setelah semua bersedia, kami bertolak ke Awana Porto Malai. Aktiviti sulung untuk hari tersebut bermula. Lompat Pulau. Destinasi pertama adalah Pulau Beras Basah. Ada yang kurang pendengaran seperti tuuuuuuuut, yang menyatakan nama pulau tersebut adalah pulau basah. Abaikan. We have the very good time there,sudah hampir setahun aku tidak bertemu laut. Mendengar desiran ombak membuatkan aku seperti berada di duniaku sendiri. Alunan muzik semulajadi tersebut amat menenangkan, serenity,tranquility,healing therapy, u name it! Dan buat pertama kalinya, KAMI (nad,aina,alin,aku,minah dan paan) mencuba banana boat.Tatkala banana boat kami bergerak, hujan mula turun rintik-rintik dan diakhiri dengan hujan lebat yang menyakitkan muka.Pedih. Air hujan juga terasa masin. Serius.

Destinasi kedua adalah sebuah pulau di mana kami dapat melihat burung helang dari dekat. Kelihatan gah burung-burung helang tersebut terbang di udara. Subhanallah. Fyi, burung helang mempunyai daya penglihatan yang sangat kuat iaitu 8 kali ganda lebih tajam dari manusia. Hanya itu fakta tentang burung helang yang aku tahu.=)

Destinasi seterusnya adalah Tasik Dayang Bunting. Mitosnya, terdapat seorang perempuan bernama dayang, yang bercinta dengan seorang pemuda bunian. Akhirnya, Dayang mengandungkan anak mereka. Setelah dilahirkan, anak tersebut meninggal dunia. Dipercayai dayang telah menyemadikan anaknya di dalam tasik tersebut. Tasik tersebut sebenarnya berada di tengah-tengah pulau. Hebat kan ciptaan Allah? Terdapat sebuah tasik air tawar yang besar di tengah-tengah pulau yang dikelilingi laut air masin. Subhanallah. Taboo lagi, bagi sesiapa yang susah untuk mendapatkan anak, bagi perempuan, boleh la mandi di tasik ini untuk memudahkan mendapat zuriat. Maaf jika aku terlalu memandang negatif perkara-perkara seperti ini. Bagi aku, jika ada rezeki adalah. Yang penting persiapan diri untuk menjadi ibu dan bapa yang baik. Diri sendiri mempunyai dua adik beradik. Aku akui, kekadang terasa cemburu dengan rakan-rakan. Namun,aku yakin perancangan Allah itu yang terbaik. Aku redha dan gembira kerana dikurniakan ibu bapa yang sangat penyayang dan tidak terlalu mengongkong. Aku tidak terlalu dimanjakan walaupun diri ini satu-satunya anak perempuan mereka. Malah, bukan hendak membangga diri, tapi kenyataan bahawa, kekadang, di antara rakan-rakan lain yang mempunyai ramai adik, diri in jugalah yang paling berdikari, yang paling berani. Namun, diakui, aku kurang menunjukkan perasaan. Malah ada yang pernah melabel diriku sebagai heartless.

Back to the main topic, kami meluangkan masa yang agak lama di sini kerana laluan untuk sampai ke tasik ini memerlukan kami untuk menaiki dan menuruni tangga yang curam. Setelah penat melawan arus di pantai sebelum ini, kudrat kaki pula diperlukan untuk sampai ke tasik ini. Maka bergegarlah segala lutut-lutut ini. Fenomena ini tidak dirasakan seorang, bahkan boleh dikatakan semua rakan-rakan perempuan mengadu akan hal yang sama.[ayat sangat skema]

Setelah itu, kami semua bertolak pulang. Perut sudah menyanyi lagu sekolah menengah dulu. Tunggu PK HEM En Amir nak bagi ucapan ja. Dengan keadaan basah lencun, kami bergerak ke kedai makan. Kedai makan pertama, hampa! Makanan habis. Kedai makan kedua, terlalu eksklusif. Kedai makan ketiga iaitu Restoran haji ramli yang terletak di pantai cenang menjadi pilihan hati. Masing-masing memesan makanan bergoreng kecuali aku dan alin. Kami menikmati nasi putih, tom yam dan telur dadar. Perfect. Tom Yamnya terlalu masam hingga tidak boleh dimakan begitu sahaja. Usai sesi lunch yang agak kelewatan, kami semua pulang ke tempat penginapan. Disebabkan tempat penginapan kami terletak di Pantai Tengah, tidak ramai orang yang datang berkunjung disebabkan arusnya yang terlalu kuat dan pantainya yang terlalu dalam. KAMI[alin, aku, shah dan radin] mula merancang untuk ke Cenang yang hanya terletak bersebelahan pantai tengah. Setelah mendapatkan kunci kereta dari pengarah program, aku memandu perlahan menuju ke cenang. Pertama kali aku memandu kereta selain dari kereta ayah. Ketika melakukan pemarkiran, tiba-tiba kereta avanza tersebut terlonjak naik ke tebing jalan. Nasib baik terlonjak sedikit sahaja, tidaklah mencederakan kereta tersebut. Kami menghabiskan masa dengan sangat baik di cenang. Shah dan Alin mencuba paragliding. Aku dan Radin memilih untuk berjemur sahaja. Yang gelap menjadi hangit. Itu yang kita ‘suka’. Instructor paragliding tersebut semuanya sudah hangit bak pak hitam. Kesian.

“hey, friend.” Kelui seorang rakyat asing mungkin dari Afrika selatan yang ingin mencuba paragliding.

“ B*** betoi dok pggey aku friend. Aku bukan friend hang,” gumam salah seorang instructor tersebut yang mengundang ketawa guling-guling dari aku dan Radin. Mungkin instructor tersebut terasa hati kerana kulitnya juga senada dengan kulit rakyat asing tersebut.HAHA.

Setelah selesai aktiviti paragliding yang tidak dirancang dan memori tersebut hanya dirakam di dalam kepala sahaja. Masing- masing tidak membawa telefon bimbit bersama. Kami bergerak meninggalkan Pantai Cenang yang masih dipenuhi pengunjung. Tatkala menghidupkan enjin kereta, kunci tidak dapat dipusing. Stereng pula seperti terkunci. Sudah! Semua panik. Ingin membuat panggilan ke pengarah program, kredit pula tidak cukup. Masalah-masalah. Setelah kredit ditambah, aku membuat panggilan ke pengarah program, namun kuputuskan panggilan kerana tiada yang menjawab. Fikir-fikir. Akhirnya, menebalkan muka meminta pertolongan dari pakcik paragliding tadi. Dengan sekali sentuhan, enjin dapat dihidupkan. Oh, baru tahu. Kalau stereng terkunci, kena gerakkan sikit ke arah kanan sambil kunci dipusingkan untuk menghidupkan enjin. Lega!

Pulang ke tempat penginapan semula, mandi. Selepas Asar, aktiviti bebas. 8 orang kami bergerak ke Kuah untuk membeli-belah memandangkan alin terpaksa pulang awal pada keesokan harinya. Ada juga yang ke Gunung Mat Cincang untuk merasa terapung di udara di dalam kereta kabel. Cukuplah sekali aku merasa dulu, serik!.Tiada apa sangat yang dibeli. Kain batik, kain pelikat, coklat dan beg. Semua tipikal barang wajib dibeli di Langkawi. Nutella untuk syafiah tidak ditemui. Di langkawi ni, setahu aku, hanya satu kedai yang menjual Nutella murah. Pada hari tersebut, hanya Nutella weekly pack yang harga extreme mahal RM32 untuk 7 botol kecik alaa yang macam dapat jem masa breakfast di hotel tu. Tepat jam 7.20 kami bergerak pulang. Sesampai di satu simpang, pengarah program tersilap membelok. Rupa-rupanya terbelok ke masjid. Azan Maghrib juga baru berkumandang. Singgah menunaikan solat dulu. Masjid Abu Bakar jika tidak salah. Nampak seperti masih baru, besar dan cantik. Ditambah pula, ramai jemaah di dalamnya termasuk kanak-kanak. Alhamdulillah.

Kami tiba di chalet agak lewat sekitar jam 8 lebih atau 9.Tidak pasti. Kelihatan Shah a.k.a Paan sedang menolong aina dan nad memerap bahan-bahan untuk dipanggang. Aku yang baru tiba hanya mampu melihat. Tidak mahu merumitkan keadaan. Kalau banyak tangan yang membuatnya, nanti rasanya juga pasti pelik. Setelah selesai menyalut ayam dan udang dengan kunyit dan garam. Kami serahkan kepada kaum Adam untuk memanggang. Dua jam berlalu. Ayam dan sebahagian sosej telah selesai dimasak. Giliran kaum Hawa pula memanggang udang dan sebahagian lagi sosej. Tepat jam 12 tengah malam. Kami menikmati keenakan barbeku. Makan sambil mamai(mengigau). Terasa cepat masa berlalu. Esok, perpisahan itu sekali lagi,pasti akan berlaku. Tidur dengan angkuh tanpa selimut,alasannya penghawa dingin itu terlalu perlahan. Tidak sejuk. Di tengah malam, mula terasa kesejukan menusuk hingga ke tulang hitam. Kalut mencari selimut.

Gambar akan diupload kemudian memandangkan kekuatan internet tidak memuaskan

Reunion AXIS family

Jumaat, 29 Julai 2011

Setelah selesai mengemas barang-barang, aku melangkahkan kaki ke kelas. Sarapan telah kusantap[3 keping chipsmore] sebentar tadi. Di kelas satu kuiz, satu test menanti. Kuiz statistic, alhamdulillah. Agak mudah. Test cost accounting, Alhamdulillah senang. Namun, aku tidak dapat menjawab dengan tenang menyebabkan hampir kesemua soalan adalah hentam keromo manakala di bahagian kira-kira, aku telah tersalah konsep yang akan menyebabkan aku kehilangan 12 markah. Setelah selesai, aku menuju ke bilik, menukar pakaian dan mengambiil bagasi untuk bertolak ke Langkawi pula. Bas tidak muncul-muncul setelah sejam berlalu, azan Zohor berkumandang. Aku bergegas ke surau, menunaikan tanggungjawab seorang muslim. Aku yakin dengan ketentuanNya, jika ditakdirkan bas muncul sewaktu aku bersolat dan akan menyebabkan aku terpaksa tunggu lagi sejam, aku redha.

Usai solat jama’ dan qasar, aku bergegas ke perhentian bas semula. Melihat jam di tangan yang sudah menunjukkan angka 13:45, aku pasti, yang aku tidak sempat untuk naik bas dari shah alam yang akan bertolak pada pukul 2. Sabar. Bas yang dinantikan muncul kira-kira jam 14:10. Nampaknya, aku terpaksa ke Puduraya untuk menaiki bas memandangkan bas paling awal dari Shah alam adalah pada pukul 20:45. Dari Giant stadium, aku menaiki teksi ke stesyen KTM batu tiga. Semasa membeli tiket, aku terlihat kelibat tren sedang menuju ke perhentian tersebut. Apa lagi, pecutlah! Alhamdulillah sempat melompat ke dalam tren. Aku melangkah turun di stesen bank Negara. Perlu ke LRT Bandaraya pula. LRT tidak mengambil masa yang lama untuk menunggu. Aku turun di plaza rakyat, mencari sendiri jalan ke Puduraya.

Taat mengikut arah panduan signboard. Hingga, tiada lagi signboard. Cemas. Belok atau terus? Jari ligat menyentuh skrin, mencari nama rakanku yang belajar di Taylor’s. Melakukan panggilan kecemasan kerana Terminal Bas Puduraya gagal ditemui. Semasa sedang berbual menanyakan arah, aku memusingkan badan ku kesemua arah. TIba-tiba, mataku tertancap pada papan tanda betul-betul di sebelahku, tertulis ‘Terminal Bas Puduraya’. Arghhh, penat ja buat gabra tadi. Hahaha. Masuk ke terminal dengan riang dan sedikit cemas. Perut sedang menjerit minta diisi,namun, tiket lebih penting. Pertama kali di Puduraya, solo pulak tu. Memang menakutkan. Jam menunjukkan 16:00, aku tawaf di ruangan kaunter tiket, mencari tiket ke Jitra. Huh. Akhirnya, dapat bas Jelita walaupun basnya tidaklah seindah namanya. Semasa di dalam bas, aku call alin, menanyakan tentang keadaan mereka di Langkawi, ternyata, mereka baru sahaja sampai dan sedang menikmati makan malam. Baru aku sedar, yang aku masih belum menjamah apa-apa selain chipsmore pagi tadi. Perut mula berkeroncong lagi. Sabarlah, aku meneguk air mountain dew beberapa kali, moga hilang rasa lapar. Tidur.

Tuesday, August 16, 2011

RAMADHAN...

assalamualaikum...sdaq x sdaq dah lbih stgh bulan kita posa kan..hope posa kita tahun nh lbey baik dr yg sbelumnya right.. BARIKILLAH HUMMA LANA FI SYAHRI RAMADHAN..amin (sori x pndai nak taip jawi pkai komputer nh-almaklumlah xbrapa nk celik IT hu2)..yup tba2 tringat 1 hadis tp x brapa nk ingat sgt..cam ingat2 kucing jela..ermm mksudnya lbey kurang cm nih la "kalau kamu mengetahui apa yg trkandung dlm bulan ramadhan nh, nescaya kamu brharap agar sepanjang tahun hny lah bulan ramadhan..hu2 lbey kurang la sori x ingat ye..hdis tu pon trbaca tym ada fiesta buku kat cni ritu..klu sapa2 ingt tlong back up ey...

wlaupun saya baca hdis tu sekali imbas ja,(ya la tym pameran buku;klu nak baca byk kali kna la beli buku tu kan..kan2)..tp saya rasa trkesan la..he2 pikiaq2 balik rasa mcm kna dkt batang hidung sndiri ja..knapa??

"x sabaqnya nak smbut raya..hooyeey"
yup ayat tu la yg sering brmain di kepala n mulut klu tym bulan posa nh..ayat tu juga cm boleh dsamakan dgn.., "tak sabaqnya nak habis posa"..ok itulah yg trsirat..jahilnya diriku hu2...

Owh huda...hny fikirkan kseronokan n kbahagiaan ja..smoga Allah mgampuni dosa2 mu..
cuba fikir apa yg kita harapkn utk posa nh...adakah nak pi shopping puas2 smpai nak trcabut cik lutut nu (rasa cm trauma ja p masjid jamek ritu), atau pikiaq ttg menu utk brbuka ja (nak makan apa ea arini),,atau pikiaq kueh apa nak wat utk raya nh (ainn suka kueh teow)..atau apakah lagu raya feveret kita (engat x lagu raya kump 4u2c??) n mcm2 lagi la yg tak trcapai dek akal...

kan bgus klu pkiaq nak khatam quran brapa kali ya bulan nh (ad sorang Imam khatam quran 2x sehari tym posa-x engat Imam apa:rasanya Imam Ahmad), berazam xmau tinggal tawareh(upin ipin), nak wat qiam tiap2 malam (bukan qiam tgok mvie or ber fb)..,nak bykkn sedekah (senyum pon is one of sedekah)..nak belanja org bukak posa cm cik peah ckp nu (my ust pon ckp klu blanja org brbuka,InsyaAllah pahala org yg kita blanja tu akn turut kita peroleh-sharing is caring :D)..dan byk lagi benda yg bleh dibuat utk mggandakan pahala posa kita nih...

saya menyeru diri saya dan sahabat2...kita dah big girl pon (saya the biggest)..ajal maut kan di tgn Tuhan..cmna klau Ramadan kali adalah yg trakhir dlm hidup kita..wktu tu boleh ka mnx dgn Tuhan suruh postpone ajal kita sbb nak smbut posa lagi,,nak wat ibadah btoi2 tym tu..boleh ke??? sendiri mau jawab ea.. so sementara pluang trhidang dpn mata..grab k..Allah pon brfirman "berlumba lumba lah dlm mbuat kbaikan"...klu sblum nih asyik cbuk dok brlumba lari ja..skrg kita lumba wat baik lak ea..

dah termula tulis x reti nak stop la plak...ermm ok lah nak stop..tp sblum stop ada 1 bnda nak gitau..suma baca paper kan?? tau kan psai ancaman kristianisasi yg tgh mnyerang especially kt selangor nh..hu2 selangor tmpt ku brmastautin nh (Kedah is the best!)..jadi dpndekkan cerita jom la ramai2 kita wat solat hajat mohon supaya kita suma thindar n trjebak dgn bnda tu..mohon supaya Allah pelihara diri kita,famili kita n suma org2 Islam..smoga akidah kita pon sntiasa trpelihara....amin..k pamit dulu ya..maaf deh kok ado saloh silop sepanje dok mblog nih..ambo mintak maaf deh...selamat berpuasa zahir n batin...adios agogos...wslm

insan faqir...

Chef PEAH coming!!



kawan-kawanku sekalian, jom main masak-masak2 gaya orang umur 19.
tambah-tambah lagi, kalau beri orang puasa makan, pahala orang tersebut pun kita dapat



#1- air coctail

asal nama coctail je, tentu teringat dekat Cik Yusra. orang yang famous dgn puding
coctail nya. dah teramat banyak kali buat benda ni for this Ramadhan

recipe:
500ml air 
2 senduk gula
1 tin susu Ideal
2 biji telur ayam
1 sudu tepung jagung/kastard
1 tin cocktail

cara-caranya:
1.didihkan air
2.masukkan gula
3. blend susu, telur dan tepung
4. setelah larut, masukkan ramuan2 yg diblend
5. kacau sentiasa, afdhal kacau dgn arah lawan jam
6. api mawu kecil sentiasa
7. masukkan cocktail selepas 5 minit berikutnya
8. simpan dalam peti ais dan hidangkan bersama-sama ice cube


nak tukar air coctail jd puding??
---> just letak serbuk agar-agar 10gm dlm paket
before tuang susu.




#2-pizza

piza versi malaysia. bulan Ramadhan, 3 kali dh buat. my mum kata  I jenis chef
yang kedekut. sebab apa kedekut?? sebab tak nak beli cheese mozzarella utk topping.
 sanggup tukarkan dgn CHEeSeDALE utk save bajet. bukan apa, nak simpan duit
utk masa akan datang. HARHARHAR.


actually pizza xda pun recipe, just ikut kreativiti masing-masing. utk doh piza, 
I beli yg ready-made di kedai. RM 1.80 sekeping. yang pasti, utk sedap
sila taruk tuna, mayonis, isi ketam, nenas, cendawan, sos piza plus sos cili.
ala2 Island Supreme from Pizza Hut gitu.




#3- caramel


baru je semalam buat. tp terkasar sedikit texture nya sebab terover steam..ngee
inilah padahnya, bila memasak sambil tido


resepi:
5 biji telur ayam
1 tin susu pekat 
1 cawan air
sedikit esen vanila

cara2nya:
1. cairkan gula di atas loyang @ nak senang just guna honey syrup
2.guna mixer, pukul hingga kembang adunan di bhg resipi
3.tuangkan ke dalam loyang dan steamkan hingga masak



NEXT!!




cheesecake, puding oreo and air katira in making.


A letter of apology


IPG  Kampus Ipoh
Ipoh Perak

16 Ogos 2011


Dear friends,

     Sorry, I haven't written you for a long time because of some problems that are irresistible.
It leads me to an act of neglecting 6alam, I guess. Therefore friends, please take my apology. So now, I'll try to manage my time wisely in order to make sure 6alam keep moving on as well as my personal blog.

And I hope to hear from you soon. :-)

Take care.


Love from,
Kayun








semua yang ditetapkan oleh Allah adalah baik.”

Ibn Taimiyah bercerita tentang seorang menteri yang selalu menjawab’baik’ setiap kali ditanya pendapatnya tentang sesuatu. Suatu hari, menteri ini menghadiri acara makan malam bersama raja [bukan Raja Hazman]. Ketika sedang memotong buah, raja dengan tidak sengaja telah mencederakan jari telunjuknya. Pisau yang digunakan untuk memotong buah telah menyebabkan jari telunjuknya terpotong dan merasa kesakitan. Raja pun bertanya pada menteri yang duduk di sebelahnya tentang kejadian yang baru saja dialaminya.

“ Baik, wahai raja,” jawab menteri itu tanpa keraguan

“apa? Kamu katakana ini baik?,” raja terperanjat dengan jawapan itu.

“ya, wahai raja. Itu baik,”

Raja sangat murka dengan jawapan itu. Mana mungkin jarinya yang luka parah seperti itu dianggap menterinya sebagai hal yang baik? Maka dia memerintahkan menteri itu dipenjarakan. Kemudian, raja mengunjungi menterinya di penjara dan bertanya padanya,

“ Sekarang, apa pendapatmu tentang keadaanmu sendiri, masih mahu berada di dalam penjara seperti ini?”

“Baik, wahai raja,”

Mendengar jawapan itu, raja menjadi semakin marah dan segera meninggalkan menterinya sendirian di dalam penjara. Dia merasa menterinya itu sangat bodoh dan keterlaluan dalam memberikan pendapat. Beberapa hari kemudian, raja pergi berburu di dalam hutan dan ditamani menterinya yang lain kerana menteri yang selalu menemaninya telah dipenjarakan. Mereka pun berangkat dengan kuda menuju ke hutan. Oleh kerana menteri yang baru tidak biasa dengan cara raja menunggang kuda, akhirnya dia tertinggal jauh di belakang. Mereka terpisah dan raja sendiri akhirnya tersesat di dalam hutan. Bukan hanya tersesat, raja juga ditangkap oleh sekumpulan penyembah berhala yang tinggal di dalam hutan.

Raja tersebut ditahan oleh pera penyembah berhala dan ditetapkan oleh mereka sebagai korban untuk berhala mereka. Mereka melakukan upacara selama tujuh hari dan hari ketujuh mereka membawa raja ke tempat persembahan. Saat raja sudah siap untuk dikorbankan, mereka melihat jari raja yang terpotong, lalu mereka menjadi ragu untuk mengorbankan raja.

“Kita hanya mempersembahkan yang terbaik dan sempurna pada berhala kita,” kata ketua suku yang memimpin upacara tersebut.

“orang ini jarinya terpotong, jadi dia tidak layak menjadi korban,”

Dengan itu, mereka melepaskan raja tersebut dan beliau kembali ke kerajaannya dengan gembira. Selang beberapa hari selepas itu, raja teringat akan kata-kata menterinya yang telah membuatnya marah ketika jarinya terpotong. Dia segera ke penjara dan berkata pada menteri itu,

“Apa yang kamu katakana waktu jari beta terpotong memang betul. Itu memang hal yang baik.

Lalu raja menceritakan apa yang telah dialaminya hingga dia akhirnya selamat dari ancaman kematian. Menteri itu tersenyum sambil berkata,

“Saya berada di dalam penjara ini juga sesuatu yang baik kerana jika saya pergi bersama raja pada hari itu, saya juga tertangkap. Tentu saya yang menjadi korban kerana anggota tubuh saya lengkap dan tidak ada yang cacat.”

Maka Ibn Taimiyah menutup cerita ini dengan mengatakan, “semua yang ditetapkan oleh Allah adalah baik.”