Dan tahniah kat Alin ngan Huda! Yay! Depa dah start menulis la kat blog ni...hehehehe...Bila Ainn pulak?
Tapi bak kata Iqah, dalam mengekspresikan rindu tu pun kita ada tujuan lain juga. Yalah untuk menjadi rujukan buat junior-junior jugak kan. Okay lah..Oleh itu aku nak bagi pengenalan sikit pasal kursus yang aku ikuti sekarang ni ya.
Aku merupakan salah seorang pelajar yang mengikuti kursus perguruan lepasan SPM. Kalau nak mohon, kena beli nombor pin kat BSN dan isi kat laman webnya lah ya. Nanti adalah keluar iklannya. Eh, aku pun taktau lah ada iklan ke tidak. Haha..Serius aku pun tak tahu bagaimana sebenarnya. Tup tup mak cik aku yang belikan nombor pin. Hoyay!
Hahahaha...Akulah salah seorang manusia yang tak mau jadi cikgu dulu tapi once you gagahkan diri untuk masuk, masa tu you akan bersyukur sebab tuhan tunjukkan satu keindahan yang tersembunyi selama ni. (bagi diri aku la)
Okaylah, program yang aku ikuti ni namanya program persediaan pelajar ijazah sepanjang masa (PPISMP). Program ini akan dijalani selama satu tahun setengah. Selalunya ambilan bulan Jun.
Lepastu, kalau lulus dengan jayanya, aku akan menjalani program pelajar ijazah sepanjang masa pulak(PISMP) selama empat tahun.
Bagi kursus yang aku ambil, iaitu B.ed TESL. Sukatannya berbeza sedikit. Sepanjang semester pertama tiada peperiksaan. Manakala semester kedua pun tiada, tetapi akan digantikan dengan mock examination. Ala, macam kita mock interview dulu kot. Haha. Jadi pada semester ketiga barulah aku akan menjalani peperiksaan.
Mengenai pembahagian subjek yang perlu diambil pula, setahu aku subjek utama ada empat. Kalau untuk TESL :
- English Studies- lebih kurang literature
- Language Description - ala-ala grammar
- Language Development - merangkumi semua jugaklah, cara sebut semua, cara tulis suma tuh
- Social Studies - kajian sosial, pasal hidup, budaya suma tuh
Dan ada lagilah subjek-subjek lain juga seperti
- Basic Mathematics - basics ja, mcm guna iq byk
- Pendidikan Islam
- Emotional Intelligence
- Study Skill
- Thinking Skill
- GERKO (gerak kokurikulum) - sem 1 buat sukan dan rekreasi, jungle trekking, camping suma tuh
Yang ni untuk semester satu la, yang semester dua aku tak tau la lagi, nanti aku update noh.
Oh ya, untuk pengambilan sekarang ni, semua sekolah rendah. Sebab dalam RMK-10 ada sebut kan dalam bidang pendidikan nak pastikan 50% guru-guru sekolah rendah berijazah.
Kontrak mengajar sebelum nak pi buat kerja lain 5 tahun kot dia tulis. Tapi ada lecturer kata 3 tahun pun okay kalau kita ni cemerlang. Yalah, kalau nak mengaji tinggi lagi, KPM akan taja guru-guru ni. Bagi dapat 4 flat, buleh haih.
Oh, walau kata tak dak exam pun kan lagi untuk sem 1 dan sem 2 ni. Tapi, assignment banyak. Dan bila pelajar-pelajar IPG mengadu kata assignment banyak, MEMANG....memang banyak. Kadang-kadang rasa tak cukup masa ja. Tapi, sebenarnya kalau pandai bahagi masa buat elok-elok memang boleh la mengelakkan diri daripada stay-up sampai 4-5 pagi tu. You tau dak kalau selalu stay up nanti kepala naik banyak kelemumur..Hmmm...
Bila masuk IPG, kita bercampur dengan banyak kaum-kaum lain. Yalah, kalau kat sekolah kan tak jumpak kan dulu. Seronok. Dapat rasa keharmonian penduduk berbilang kaum di Malaysia. Secara tak langsung semua tu buat kita rasa bertuah jadi rakyat Malaysia. Huhu
Tapi untuk TESL sekarang ni, penghantaran pelajar ke luar negara tu ditangguhkan dulu. Takpalah kan, 5 tahun setengah kat IPG pun okay ja. Kalau ada rezeki, depa hantar la kita. Heee^^
3 comments:
wah!bagusla kayun..
AKU BAJET KONON MEMBANTU LA..HAHA
Assalamualaikum sis, maaf komen agak terlewat.
Elaun yg dberikn di IPG adakah same spt IPTA yg laen ?
Post a Comment