Aku rasa mcm nak buat akaun satu lagi..Hihi..Untuk jadi penulis kat blog ni..Bukan apa, aku rasa senang sikit. Haha. Tak tau la celah mana yang aku rasa senang tu. Bila ada dua akaun baru aku boleh tumpukan perhatian. Senang aku nak pi melawat kawan-kawan lain sama (especially blogger yang tinggal jejak kat sini). Bila aku guna satu ja, aku rasa serabut. Dan nanti orang tu pun keliru gak. Nanti you all anggap blog 6alam macam tak hidup pulak kan. Hehe. Nanti kami kena buat banyak lagi untuk blog ni. Kena bubuh isi-isi yang membantu.
Yalah, berbalik kepada tujuan asal macam Iqah kata selain merakamkan kenangan persahabatan blog ini juga berperanan untuk memberi manfaat buat orang lain juga. Yalah, takkan nak buat benda yang sia-sia kan. Moga-moga semuanya akan membawa faedah kepada orang lain juga. Lagi bagus begitu. Tapi walau we all ada 6 orang, maybe tak semua boleh update kan entry2 terbaru daripada setiap mereka. Life as a student. Memang busy kan. Jadi, tak mengapalah. Moga-moga suatu hari nanti, InsyaAllah ada juga hasil buah tangan daripada mereka. Kita doakan mereka semua berjaya la dalam exam2 tu nanti. Bukan mereka saja, aku sekali na. Haha..dan tak lupa juga you all sekali la. Kita doakanlah kebaikan kita bersama-sama. Berita gembira lagi senang nak dihebohkan daripada berita sedih kan...
Oh, betapa aku rindu zaman persekolahan. Maybe some just enjoyed their life better at college but help me why I can't?
Dan kerana itu jugak, hatiku sebal untuk memulakan hidup sebagai pelajar semester dua pulak. Mengapa aku tidak boleh gembira seperti mereka? Kerana di sana aku tiada lagi insan yang dapat menghidupkan hari aku seperti mereka berlima...Aku tak kisah andai mereka berjumpa pengganti atau seseorang yang lebih baik daripada aku..Itu adalah kurniaan kepada mereka. Cuma apa yang aku tahu, sehingga kini memang tuhan telah menetapkan hati aku supaya setia meletakkan mereka di sudut yang istimewa dalam hati aku.
Percayalah kamu, tiada pengganti diri kamu. Kamu sungguh istimewa. Layanan kamu, kata-kata kamu, falsafah kamu, pemikiran kamu..ahhh segalanya tentang kamulah.
Tapi aku tidak boleh terus bermuram. Aku harus bangkit. Cuma tinggal satu sahaja semangatku. Ya, ibu bapa dan keluarga. Dengan itu, aku gagahkah hati. Terus berdiri dan tersenyum agar aku dapat menghadiahkan kejayaan demi kejayaan buat mereka.
Kalau bukan aku yang bertekad mahu menggembirakan hati ini sendiri? Siapa lagi...
Aku sayang ampa walau aku taktau macamana nak tunjuk...
2 comments:
aku pon sayang ang..he2
hurm yeah!! sayang kamoo krh ALLAH,,AMIN
Post a Comment