Kita akan lemah bila kita membenarkan orang lain terus membuatkan kita down dan lagi lagi lemah bila kita sengaja mencipta jurang dan makin jauh dari jalan yang boleh mendekatkan kita kepada Allah. Jangan terlalu manjakan diri, terlalu ikut kesedihan, terlalu lemah dengan godaan syaitan yang memang kerjanya nak menjatuhkan kita sentiasa dengan pelbagai cara. Tugas kita adalah menguatkan diri kita, memperhebatkan lagi iman kita. Jangan menangkan syaitan bila kita sedang bermasalah dan makin menjauhkan diri kepada Allah. Sepatutnya terus-terusan mendidik diri dengan sabar, biar apa orang nak kata. Sahabat dunia hanya ada pada waktu senang dan tidak pada waktu susah. Biarkan. Sebab kita punya Allah. Stop serabutkan diri dengan masalah kecil hatta besar sekalipun sebab kita ada misi dekat dunia ni yakni menjadi hamba Allah dengan sebaik-baik hamba. Pedulikan apa orang nak kata. Prove them wrong!
No comments:
Post a Comment