Wednesday, March 6, 2013


KAYAK







Sejarah Kayak
Pendayung- pendayung kenu dan kaya pada masa kini menikmati kemudahan pergerakan kayaknya yang hidronamik dan diperbuat daripada bahan yang begitu teguh dan boleh diguakan di berbagai keadaan air.
Sebenarnya kemudahan yang dinikmati ini adalah menurut satu revolusi sejarah pembinaan yg mengkagumkan.
Pada zaman dahulu dan malah pada zaman sekarang, kenu atau dugout masih digunakan oleh masyarakat sebagai kenderaan pengangkutan, memburu atau berniaga. Di Amerika utara pula, kenu kaum red Indian dibuat daripada kulit pokok papyrus atau balsa dan kaum Eskimo pula melapikkan kulit2 binatang atas kayaknya.
Individu yang telah memperkenalkan kenu sebagai sukan pengembaraan ialah seorang peguam Inggeris yang bernama John Mc Gregor dan beliau lebih dikenali dengan nama Rob Roy. Beliau telah memulakan siri2 pengembaraan yang menakjubkan seperti di sungai Jordan, Nile, laut Paltic sepanjang kurun ke 19.
Kelab kenu pertama di dunia ditubuhkan di Themes,England. Di negara German pula kegiatan kenu begitu pesat dengan terciptanya jenis klepper, yang boleh dipasang simpan (folded canoe). Kemahiran dalam kayak juga berkembang dengan pesat apabila Milo Dufek mengubahsuai teknik dayungan perahu Canadian ke kayak.
Di negara kita, aktiviti berkenu dan berkayak telah wujud sejak tahun 50an lag. Masyarakat Melayu yang tinggal di kawasan sungai masih menggunakan dugout sebagai kenderaan pengangkutan. Aktviti berkayak semakin dikenali apabila wujudnya Persatuan Rekreasi Luar Wilayah Persekutuan 'circumnavigate' di seluruh pantai Malaysia Barat. Wahab Ibrahim dan Hairuddin pula kemudiannya berjaya menjelajah pantai Malaysia dalam masa 2 bulan.



Demonstrasi bahagian kayak
Berdasarkan serba sedikit sejarah kayak di atas, saya ingin berkongsi sedikit pengalaman yang saya dapat semasa aktiviti rekreasi. Gambar disebelah kiri adalah gambar rakan dan penasihat kami dalam kelab rekreasi.
Ketika dalam kelas rekreasi, bahagian2 kayak telah dikenalpasti. Apa yang sebenarnya yang saya ingin highlight sepanjang kelas rekreasi dijalankan ialah ' H rescue'.
   




H Rescue

H rescue ialah salah satu kaedah menyelamat ketika secara tiba2 salah satu kayak telah terbalik.
H rescue boleh dilakukan jika terdapat 2 atau lebih kayak penyelamat. Jika lebih boleh dibuat "rafting" bagi tujuan menyelamat. Jika hanya 2 kayak penyelamat, kedua- dua kayak penyelamat perlu berada di sebelah kayak yang terbalik. Sternman dan bowman yang terbalik perlu mengapungkan diri sebelum bantuan dari kayak penyelamat.

 Kayak penyelamat yang telah berada di sisi mangsa perlu mebuat transformasi seolah menunjukkan huruf H. Bowman pada kedua kayak penyelamat akan memegang hujung kayak yang terbalik dan membalikkan semula kayak tersebut untuk mengeluarkan air yang bertakung. Sternman bagi kayak penyelamat pula akan membantu mengimbangkan kayak. Jika kayak tidak dapat diimbang, kemungkinan kedua kayak juga akan terbalik.
 Setelah air yang bertakung dikeluarkan, kayak dibiar kn terapung ki permukaan air seperti biasa. Bowman dan sternman yang berada didalam air akan mengemudi kayak mereka semula dengan berusaha menaiki kayak yang telah diselamatkan seperti gamba yang ditunjukkan di bawah.





ANATOMI & JENIS KAYAK
Semua jenis kayak mempunyai bahagian yang sama, namun perbezaan terletak pada bentuknya. ukurannya dan bahan pembuatannya.


Anatomi Kayak terdiri dari :

1. HALUAN & BURITAN (BOW & STERN)
Bow atau Haluan adalah bahagian depan atau muncung dari Kayak yang bertujuan sebagai arah tujuan dan juga memecah ombak. Stern atau Buritan adalah muncung bagian belakang. kedudukan ini kadang-kadang mengelirukan bagi yang baru mencuba, untuk lebih cepat mengenalnya, perhatikan arah tempat duduk kayak tersebut.


2. GUNWALE LINE / PAINTER LINE
Ini adalah bagian tepi/sisi Kayak yang berfungsi sebagai pengimbang bagi pendayung, apakah kayak yang dinaiki itu sesuai dengan berat badan atau tidak. Sisi kanan disebut dengan "starboard" dan sisi kiri disebut "portside".

3. HULL
Ini adalah bahagian bawah kayak. Bentuknya berbeza bergantung pada jenis kayak tersebut an untuk apa digunakan.
4. DECK (Geladak)
Deck adalah bahagian atas untuk melindungi kaki sehingga mudah untuk melakukan teknik Eskimo Roll. Deck bahagian depan disebut "foredeck" dan dibelakang disebut "afterdeck".

5. COCKPIT (Ruang Tempat Duduk)
Cockpit adalah ruangan yang letaknya ditengah-tengah antara dek depan dan dek belakang, dan Cokpit ini merupakan ruangan untuk tempat duduk.

6. SEAT (Tempat Duduk)
Tempat duduk terletak didalam Cockpit, dan tempat duduk terbagi dalam beberapa jenis iaitu Standart (bentuk dan ukuran tetap), tempat duduk sederhana (biasa untuk kayak rekreasi), tempat duduk ketat (digunakan untuk di arus deras. dan tempat duduk yang digunakan untuk pertandingan.

7. TOGGLE
Toggle adalah sejenis tali untuk mengangkat Kayak, letaknya diujung depan (Bow) dan Belakang (Stern)

8. COAMING
Coaming adalah bahagian tepi kecil dan mengeliling cokcpit, yang berfungsi sebagai penahan air untuk masuk ke dalam perahu dan juga untuk mengikat spray cover.


9. KNEE BRACE
Letaknya dibawah Coaming yang berfungsi sebagai penahan lutut dan memberikan sanggahan ke kaki supaya kaki pendayung lebih kuat terhadap perahu.

10. TOWLINE / DECKLINE
Ini adalah tali yang diikatkan di hujung kayak (bow) dan buritan kayak (stern). Berfungsi sebagai tali penyelamat, menarik perahu (tunda).

11. KEEL
Terletak dibawah geladak belakang dan berfungsi sebagai kemudi.

12. BUOYANCY
Buoyancy adalah bahan apung yang terletak di bawah deck bahagian depan (bow) dan deck bahagian belakang (stern) yang berfungsi sebagai penyimpang apabila kayak terbalik dan tidak mudah tenggelam.

13. FOOTREST
Footrest terletak di bahagian foredeck berfungsi sebagai tempat letak kaki, bentuknya terdiri dari bar (dipasang pada sisi kiri dan kanan), paddle(hampir sama dengan bar tetapi terpisah antara letak sebelah kiri dengan kanan), bulkhead (bentuk bulat rata dan terletak di bagian haluan (bow).

14. DECK EYE / EYE CLEAT
Lubang untuk mengikat tali (towline) yang terletak diatas geladak.

15. EYE PIT
Lubang yang terletak di hujung haluan (bow) dan buritan (stern) pada jenis kayak-kayak tertentu.

16. HATCH
Lubang penutup yang terdapat di bagian depan dek dan belakang dek, yang berfungsi sebagai tempat meletakkan barang, biasa digunakan untuk kayak jenis ekspedisi atau Sea Kayak.

17.BACK STRAP
Back Strap berbentuk getah yang diletakkan pada bagian tempat duduk belakang, berfungsi untuk memberikan keluwesan pendayung untuk menyandar ke belakang sewaktu mendayung dan sekaligus untuk melindungi keselamatan bagian belakang pendayung



ISYARAT dan KOMUNIKASI BERKAYAK
Isyarat Menggunakan Dayung
1. Berhenti
Dayung dipegang melintang, kemudian diangkat melewati kepala.
2. Berkumpul
Dayung diangkat tegak keatas dan daun dayung disejajarkan dengan depan perahu.
3. Belok Arah
Dayung diletakkan melintang sesuai arah tujuan.
4. Pertolongan
Dayung diangkat ke atas dan kemudian digerakkan kekiri-kanan
5. Kembali
Dayung diangkat tegak lurus dan ditegakkan, kemudian di gerakkan ke depan dan kebelakang yang mana isyarat ini menandakan semua pendayung kumpul di satu tempat dimana, sesuai dengan posisi perahu tempat dimana dayung di gerakkan.

information by aedayblogger.blogspot.com and anakelapang10.blogspot.com

No comments: