Namun aku merindukan suatu saat di mana ada yang sentiasa mengingatkan bahawa hidup bukan semata-mata untuk bercanda, ada suatu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Bantulah aku melalui hamparan permaidani ke arah jalan yang lurus itu.
Pernahkah kau merasa sunyi di dalam suatu kawasan yang sesak, Hiruk pikuk kebingitan tidak mampu memadamkan rasa terasing itu, dan hanya kepada-Nya juga kau meluahkan segala-galanya yang terbuku di hati.
Mungkin kau lalai, lalu Dia menegurmu dengan meletakkan sedikit resah di hati supaya kau mampu bangkit dan mencari punca, punca keresahan itu dan Dia juga mengurniakan perasaan rindu, rindu dikelilingi oleh sahabat-sahabat yang selalu membantu dirimu mengingati-Nya.
1 comment:
carilah.punca itu.selagi berpeluang utk berdoa,selagi itu ada harapan
Post a Comment