Thursday, December 2, 2010


PERSAHABATAN
itu terbina atas ranting kejujuran,
bertunjangkan kasih sayang,
lalu membuahkan kemanisan ikatan.
jika dikhianati, maka
patahlah ranting,
reputlah akar lalu rosaklah buah.

TEMAN SEJATI
bukanlah dekat bicaranya,
tetapi yang sentiasa di hati
dan diingatidalam setiap bisikan doanya.

SAHABAT,
ada masa kita perlu menangis agar kita tahu dunia ini bukan hanya untuk ketawa,
ada masa kita perlu ketawa agar kita tahu betapa bernilainya setitis air mata.
ada masa kita perlu ada seorang teman agar kita tidak kesunyian.
dan ada masa kesunyian membuatkan kita tidak akan pernah lupa betapa bernilainya seorang teman.

SAHABAT,
persahabatan itu seronok ketika masih baru,
lebih seronok bila ianya sejati,
tetapi paling seronok klo sahabat itu ada kalian yg disayangi.

TEMAN SEPERJUANGANKU,
jika kau rasa kecewa pandanglah ke sungai,
airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang.
jika kau rasa sedih, pandanglah ke langit,
kau akan sedar bahawa kau bukan keseorangan,
kau bersamaku walaupun kita berjauhan, kerana kita semua sentiasa dekat di hati..




3 comments:

Nurhazirah Azhar said...

sweettzz :)

Haziqah Yusra said...

argh, aku x puaih hati..awat kt pix ang da tuleh 'cute'?

Kayun said...

hahahahhahahahahahaaahhahah
ang mau ka iqah..