Tuesday, November 30, 2010

HANYA TUHAN YANG TAHU

Allah maha berkuasa. Allah maha mengetahui segala sesuatu yang ada di alam ini walhal hatta di mana mana sahaja. Telah Allah takdirkan perjalanan hidup kami sebegini. Sudah pasti ada hikmahnya apabila antara kami berenam terpaksa berjauhan atas tuntutan melanjutkan pelajaran agar suatu hari nanti kami dapat menjadi seorang manusia yang mencurahkan bakti kepada agama bangsa dan negara. Ya itulah matlamat kami. Matlamat kami yang hakiki agar perjuangan ini dapat menempah tiket mudah-mudahan ke syurga abadi di sana. Dalam keseronokan di samping kesyukuran kerana dikurniakan rezeki untuk melanjutkan pelajaran, tercalit sedikit rasa terkilan kerana terpaksa berjauhan dengan yang tersayang. Ya. Sahabat-sahabat tersayang.


Maka sudah ditentukan Allah, tiada pun antara kami yang menerima tawaran ke institusi pengajian tinggi yang sama. Mahu atau tidak, maka kami harus relakan juga hati ini untuk menerima kenyataan itu. Lalu, pergilah kami. Pergilah masing-masing ke tempat yang baru. Berbekalkan semangat menuntut ilmu. Bertekadkan dorongan dan doa ibu bapa. Berpaksikan semangat dan harapan yang dibekalkan guru-guru. Maka, kami pergi. Melangkah arus bukan menongkah arus. Setiap cerita tentulah ada permulaan dan pengakhirannya bukan. Oh, jangan dilupakan juga klimaksnya. Begitu juga dalam kisah kami. Sebagai seorang pelajar, sudah pasti masa seakan-akan menjadi satu kekangan buat kami. Kadangkala, dua puluh empat jam sehari semalam bagaikan berlalu begitu sahaja.

 Astaghfirullah! Mungkin kami terlalai. Mungkin kami asyik dalam dunia kami sehinggakan terlupa bahawa persahabatan itu ibarat pepohon menghijau, andai tidak dijaga sudah pasti akan layu kekuningan. Ya. kami akui kami jarang berhubung seperi dulu kala lagi. tapi itu bukanlah alasan untuk kami meleraikan ikatan ini. Semakin jauh jarak antara kami, semakin kukuh ingatan kami buat satu sama lain. Kenyataan saya bukanlah propaganda semata-mata. Sesungguhnya Allah tahu apa yang ada di dalam hati kami. Ibu saya pernah berpesan, ya pesannya mungkin bukan sehebat si pujangga tetapi pesanan itu cukup kuat kesannya di hati saya. Ibu berpesan sukar mencari sahabat sejati tambahan pula di dunia saya kini yakni di alam pengajian tinggi dan alam kerjaya kelak. 

Mungkin saya kurang mengerti dahulu. Namun begitu, dari sehari ke sehari menjalani kehidupan sebagai mahasiswa, saya mungkin mengaitkan kata-kata ibu dengan realiti kini. Dan ketika itu juga saya menghubungkan memori persahabatan kami dahulu dengan kehidupan yang saya jalani sekarang. Ya saya sudah bertemu dengan jawapan kepada soalan saya dahulu kenapa kami dipisahkan daripada kenangan terindah yang tercipta bersama. Daripada pengamatan saya...Allah pisahkan kami supaya kami dapat menghargai antara satu sama lain dengan lebih lagi kerana tiada siapa yang dapat memutuskan persahabatan kami selain daripada kuasa Allah yang menentukannya berlaku.




3 comments:

Kayun said...

nanti tukaq lagi la template ni..ni sementara ja noh!

Haziqah Yusra said...

kayun, template ngan widget aku serahkan kt ang ngan syafiah..aku yakin depa suma agree ngan aku

PEAH said...

kwn2 aq yg terbaek...