Sunday, July 26, 2015

Cerita Hari Buruh

Assalamualaikum readers,

Okay now nak cerita satu kejadian ni, yang bila difikir balik, rasa sangat2 bersyukur sebab still wujud manusia berhati dan perut untuk tolong kami walaupun berlainan bangsa. but on top of all of these, I know it's a help from Allah.

Cuti 1 Mei hari tu, ingat dak? kita cuti 4 hari tak silap.

At first takmau lah balik sebab a week before tu dah cuti mid semester. So, berniat nak study cover balik apa2 yang tertinggal dan tak faham. Tetiba mak cakap kakak sepupu nak bertunang. Cucu sulung. Semua family members balik. Jadinya, niat nak study terkubur, beli lah tiket untuk balik.

Hari untuk balik pun tiba. Waahhh...excited. Bas pukul 9 malam di Duta. Okay, takpalah gerak pukul 5.30 ke UM, parking kt UM then ambik teksi ke Duta. Puncak Alam ke UM biasanya 1 jam saja paling2 lembab drive. Janji dengan diri sendiri nak gerak 5.30. Janji Melayu. Pukul 5.45 baru gerak.

On GPS, set recommended route, konon nak elak jem. Dia bawak pi ikut route jauh last2 lalu Shah Alam la jugak. hurmm.. takpa sabaq. Ada hikmah ni.

Sampai di Shah Alam, sekali lagi diuji. Terperangkap dalam jem sejam. Pukul 7.10 still tak leh masuk highway lagi. Then, dah masuk highway, memang pecut tahap pelesit laa..

Sampai kat UM tepat pukul 7.30. Rupanya adik aku x book teksi lagi. Time ni pergh berasap telinga. Dah la aku kelam kabut lambat, dia buleh pulak tak call teksi lagi. Then, 20 min dok cari teksi guna MyTeksi. Sekoq teksi pun takmau mai.. Last resort, berjalan ke LRT Universiti. Jam dah pukul 8.

"Kak, tak dan ni, nak bejalan pun dekat setengah jam. Memang akan terlepas bas. Tu la hang lambat lagiiii...bla2.." Adik aku beletiaq. Kadang kadang aku confuse kami dua ni tertukaq jantina ka apa.

" Aku kata dan, dan la.." cuba untuk positif dan tegas sambil pekakkan telinga.
Walaupun, probability tu sangat rendah. Tapi, aku ingat satu saja, Allah kan ada. So, masa berjalan tu aku tadah tangan doa bagi Allah permudahkan dan tak terlepas bas.

8.30 tepat sampai kat stesen LRT. Nampak teksi dok beratoq. Pi tanya, sorang2 takmau hantaq pi Duta sebab jalan jem. Sampai lah teksi ke-4 ka 5 tah, pakcik India. Dia mau. Alhamdulillah.

" Uncle, bawak laju2 na, bas kami pukul 9"
Uncle tengok jam.

" U buat lawak ka? mana sempat. aiyaa"
"Uncle please uncle, takpa tak sempat pun, asalkan uncle dah bawak laju"
"tapa tapa..I cuba.." Uncle tu kesian. #unclecuba

Aku rasa macam dalam kereta FF, segala bumper dia lompat siap nak terlanggar Camry lagi.
Pukul 8.55 sampai Duta. Fuhhh lega.. 

Uncle tu walaupun dia tau kami terdesak, dia tak letak extra charge pun, still pakai meter. Tapi aku bagi lebih tanda terima kasih sanggup terima kami di kala orang lain semua takmau bawak kami pi Duta.huuuu...

Bas pun terlewat sikit sebab jem. So sempat la kami beli makanan dan makan malam dulu. Jadi sentiasalah bersangka baik kat Allah dan berdoa. Doa tu kan senjata kita. Satu lagi ayat keramat yang aku selalu pegang, " Jangan cepat putus asa dan buat sehabis baik"

Setiap kali rasa nak give up, aku akan teringat gambar ni