Bahan-bahan:
6-7 keping roti putih/butterscotch,
600 ml susu segar,
7 sudu besar gula,
2 biji telur,
Sedikit tepung jagung
Cara penyediaan:
1. Sapukan roti putih dengan butter.
2. Carik-carikkan roti/ potong roti kepada segi empat kecil dan masukkan ke dalam loyang.
3. Kisar(Blend) susu, telur, gula, dan tepung dan tuangkan ke dalam loyang berisi roti tadi.
4. Pastikan keseluruhan roti tenggelam. Biakan roti mengembang bersama susu tadi selama 30 minit sebelum dibakar.
5. Bakar dalam suhu standard selama 30-45 minit.
Kalau suka makan dengan sos;
Masak satu tin susu ideal bersama-sama 2 sudu tepung kastard dan 5 sudu gula.
Selamat mencuba. uhuk uhuk uhuk