selesai solat isyak..
'okay la nak start studi kul 9'
(monolog dalaman)
jam pukul 8.40 waktu tu
ada lagi 20 min
hmmm fesbuk r jap
cinta di muka buku lalala
(mode bahagia)
ting!ting!ting!
dah pukul 9 la
okeh offline
studi studi studi
nak studi linear algebra la
pergi ke meja studi
kemas buku calculus
kuarkan buku L.A
jam pukul 9.05
doa dah baca
telinga pun dah sumbat earphone
lagu qasidah berkumandang
buku teks L.A pun dah bukak
okeh tgok dari first subtopic
1.1:system of linear equation
tgok example ckit la
'hmm ada blajaq ka nih kat dalam klas?'
(monolog dalaman lagi)
tgok lagi example tu
cmna dya buat nih??
aneh aneh aneh
tgok lagi la
owh ada blajaq la nh
cma teknik n kaedah lain ckit ja
haish apa la aku nih
jam dah pukul 9.30
nak try buat latihan la
kuarkan test pad
lipat dua (jimat jimat)
okey tulis tajuk latihan yang nak buat
<elimination method>
tiba-tiba
kriuk kriuk
perut menyanyi girang
lapaq lapaq
heater kat depan mata pulak seakan berkata:
"panaskanku panaskanku!!"
aku pandang heater tu
lps tu aku pandang megi yang tak berapa jauh dr sudut mata
perfect dish kalau tgh lapaq dan malas
tak perasan pulak jam pukul brapa wktu tu
megi kari letup dah ciap
aku pun dah redi nak letupkan perutku
haha masa utk makan
nyum nyum nyum
(bunyi mengunyah versi comel)
alhamdulillah dah habis
ketepikan mangkuk megi
tangan aku pulak gapai Disney Layer Cake
makan lagi
gapai lagi biskut chocolate cap Carrefour
makan lagi
waktu tu aku pandang jam
dan rasa cam nak pengsan
9.55?
satu soalan pun tak buat lagi
tanpa melengahkan masa
aku buat soalan
1 ja soalan yang aku buat
sebelum mataku memberi isyarat
"pejamkanku pejamkanku!!"
huhu tidakkkk!!!!
takkan aku habiskan malamku dengan hanya membuat 1 soalan
justeru
aku mengambil inisiatif lain
main game la
biaq celik ckit mata
Pastry Passion menjadi pilihanku
dan sekarang
aku masih tersadai atas katil
mengadap laptop
sambil menaip di 6 alam
dah abis taip nih aku nak sambung balik main game
sekarang dah pukul 11.10
kadang-kadang aku terfikir
knp tiap kali nak studi ja
perut rasa lapar
mata jd mengantuk
sedangkan hakikatnya
aku dah makan nasik goreng petang tadi
dah tidur jgak td
bnyk betul dugaannya
kadang-kadang aku rasa
jumlah makanan yang masuk dlm mulutku tym studi
lbih byk dr ilmu yang aku dapat
jd kawan-kawan
doakan aku
berjaya hadapi semua dugaan
mungkin salah silap itu terletak pada diri aku sendiri
berjuang memang pahit
kerana syurga itu manis
bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
bukan sedikit pedih yang ditagih
warzone for next week:
midsem exam: calculus/ islam and science
kuiz: linear algebra/ islam and science
exam Bahasa Melayu and kuiz Algebra tak pasti lagi
pray for me <3