Wednesday, March 6, 2013

PERTOLANGAN CEMAS

DEFINISI PERTOLONGAN CEMAS

Rawatan pertama diberi kepada pesakit/mangsa kemalangan.
Usaha rawatan pertama dalam keadaan kecemasan sebelum ketibaan ambulans / pesakit 
mendapat rtawatan dari doktor.
Matlamat utama:
      >untuk menyelamat nyawa
      >mengelakkan kecederaan dari bertambah  buruk 
      >mengurangkan kesakitan.
      >sebagai persediaan sebelum diambil alih oleh doktor 

 SISTEM PERNAFASAN
Semasa kita bernafas, kita menyedut & menghembuskan udara
Udara yang disedut dibawa ke paru-paru dan meresap oksigen ke dalam darah
Udara yang disedut hanya ada 21% oksigen, selebihnya kompisisi gas nitrogen
Badan kita memerlukan 5% oksigen untuk melakukan proses respi



LUKA
luka terjadi disebabkan oleh pecahnya bahgian kulit selepas sesuatu kecederaan
(calar dan terbakar juga bolehdikategorikan sebagai luka)

Jenis – jenis LUKA
• Luka Terbuka
• Luka Tertutup

Luka Terbuka lebih merbahaya berbanding Luka Tertutup kerana :
Mengakibatkan pendarahan
Boleh menyebabkan jangkitan
Lambat sembuh

 BALUT
Pembebatan adalah diperbuat daripada jenis kain kasa yang boleh 

digunakan untuk menutup luka.



Fungsi pembebat dan balutan adalah:

Mencegah jangkitan kuman.

       Menyerap kotoran yang keluar seperti tanah dan darah.

Mengawal pendarahan dan melindungi luka.


Jenis-jenis pembebatan ialah:

Paraffin - biasanya digunakan untuk luka besar.

Pembebat melekat - plaster, digunakan untuk luka kecil.

Pembebat berubat - kain kasa yang disapu ubat pembunuh kuman.

Pembebat biasa - gauze


Peraturan membalut:

Bersihkan tangan dengan sabun. Jangan sentuh luka dengan tangan kotor.

Cuci luka dari tempat luka ke arah keluar supaya kuman tidak masuk kawasan luka.

Lekatkan pembebat mengikut saiz luka. Jangan bercakap atau batuk kearah 

tempat luka.

Gunakan pembalut untuk memegang pembebat.


 Jenis-jenis pembalut yang biasa ialah :

Pembalut bergulung - berasal dari kain kasa, WOW bandage.

Pembalut segi tiga, lebar dan tirus - terdiri dari kain segi tiga dari jenis kain kaliko. 

pembalut cincin - diperbuat dari pembalut tirus.

pembalut kain krep - biasanya digunakan untuk kes terseliuh.                                                                                                                                           




PATAH
 Kepatahan (fraktur) merupakan salah satu kecederaan yang sering di alami oleh mangsa kemalangan. Kecederaan tulang, sendi dan otot terjadi disebabkan oleh :
  
ØPukulan secara langsung yang tepat dan kuat. Kecederaan berlaku pada tempat yang kena pukulan, misalnya kaki dilanggar kereta.
ØPukulan sipi. Kecederaan berlaku jauh dari tempat pukulan, misalnya patah tulang peha kerana jatuh dari tempat tinggi.
ØKecederaan otot (strain). Otot telah diregang secara berlebihan. Terjadi kerana menggunakan otot secara mengejut. Sering terjadi pada ahli sukan.
ØTerseliuh. Kecederaan pada sendi akibat rentapan yang kuat dan mengejut. Contoh pergerakan mengejut seperti berpusing secara mengejut semasa berlari.
Dislokasi (dislocation). Hujung tulang sendi terkeluar dari kedudukan normal. Sering terjadi pada jari kaki atau tangan

                                     
 JENIS ANDUH

Anduh Besar – Keadaan Patah Tangan

• Anduh Segi tiga – Keadaan pendarahan

di lengan

• Anduh Kecil – Keadaan patah atau

pendarahan tetapi menggunakan

sebarang bentuk balutan tanpa

menggunakan pembalut segi tiga.








Saturday, March 2, 2013

ORIENTEERING




Orienteering ialah sejenis sukan rekreasi yang menggunakan peta dan kompas. Sukan ini mirip kepada permainan mencari harta karun. Kemahiran menggunakan kompas adalah asas yang perlu dikuasai oleh peserta. Peralatan lain yang digunakan ialah penanda, kad kawalan, dan kad perakam.Dalam pertandingan ini, peserta dikehendaki mencari beberapa titik kawalan yang diletakkan di sesuatu kawasan tertentu. Peserta yang menemui semua titik kawalan dan sampai di garisan penamat dalam masa yang paling singkat dikira sebagai pemenang.

Jenis-jenis orienteering
  • merentas desa      
  • bukit
  • malam                
  •  berkayak
  • bermarkah             
  • berbasikal
  • jalan raya
PETA
  • peta adalah elemen penting dalam orienteering.
  1. peta orienteering yang lengkap mempunyaai
  • nama tempat
  • skala
  • garisan utara
DALAM PETA
  • tanda segitga adalah tanda mula manakala tanda double bulatan adalah tanda akhir
KOMPAS
  • alat kedua terpenting yang digunakan untuk orienteering
  • bahagian kompas mengandungi bahagian utama
  • plat tapak lutsinar
  • perumah kompas yg boleh brputar
  • jarum magnetik
KEBAIKAN ORIENTEERING
  • sukan untuk semua
  • meningkatkan kecergasan fizikal
  • meningkatkan kecergasan mental
  • meningkatkan kemahiran membaca peta dan kompas




Sunday, February 17, 2013

Ucapan beracun Penuntut Ilmu

10 Ucapan Paling Beracun Seorang Penuntut Ilmu - Prof Dr Muhaya

1. 'Saya Tidak Tahu di Mana Nak Mula.'
Ini masalah biasa. Jangan gelabah. Biasalah, kalau kita bingung dengan jumlah subjek yang banyak untuk di-pelajari. Mulakan dengan menyenaraikan semua perkara yang kita perlu tahu dan yang boleh dicari daripada sukatan pelajaran atau segala yang diberitahu oleh pensyarah. Bahagikan beban kerja pada beberapa bahagian yang boleh diurus. Belajar mengutamakan kerja yang utama dan jadualkan masa kita secara realistik. Displinkan diri dengan membiasakan diri kita selama beberapa minit tempoh antara kuliah untuk megulangkaji nota-nota kuliah. Elakkan menangguh kerja ke saat-saat akhir dan mula belajar seawal mungkin dengan tempoh minima empat jam sehari.

2. 'Banyaknya Nak Belajar, dan Masanya Pula Sikit.'
Bijak bertindak. Pastikan kita amalkan BTU (Baca awal, Tumpu, Ulangkaji) terhadap kuliah-kuliah kita. Buat helaian rumusan pengajian untuk semua subjek yang ada. Kerja ini boleh dipermudahkan dengan kumpulan belajar kita. Rumusan ini termasuklah nota kuliah, tutorial, pembelajaran berasaskan masalah dan kerja-kerja makmal yang perlu disaling-kaitkan. Kenalpasti topik-topik yang paling penting yang diberi penekanan oleh pensyarah dan bahagian-bahagian yang sukar difahami.

3. 'Susahnya Subjek Ini, Saya Tak Faham Langsung!'
Bersabarlah! Mempelajari ciptaan Tuhan yang paling tinggi sudah tentu tidak mudah. Tetapi percayalah pada pesanan saya, sebaik sahaja kita memperolehi ilmu pengetahuan, ia akan memberi kepuasan dalam hidup kita. Anggapnya sebagai suatu cabaran. Pendekatan yang baik ialah dengan berbincang dengan rakan- rakan lain dalam kelas. Kita akan rasa lega apabila diberitahu rakan-rakan lain juga mendapati subjek itu sukar. Beranikan diri buat temu janji dengan pensyarah untuk mendapatkan penjelasan bagi bahagian-bahagian yang sukar. Pensyarah sudah tentu amat suka untuk membantu. Secara peribadi saya berasa amat gembira apabila penuntut bertanya kepada saya. Satu perkara penting perlu diingati, bahawa lebih sukar sesuatu subjek itu, lebih berguna ianya untuk masa pratikal klinikal dan pengajian lanjutan lepas ijazah.

4. 'Saya Baca, Saya Faham, Tetapi Saya Tak Boleh Ingat Langsung.'
Berbincanglah. Kita akan ingat lebih baik bagi perkara-perkara yang dibincangkan secara mendalam. Hasil penyelidikan telah menunjukkan bahawa kita ingat 70% daripada apa yang kita bincangkan. Cuba kaitkannya dengan sesuatu yang bermakna kepada kita. Semasa berbincang, cuba kaitkan topik tersebut dengan contoh-contoh sendiri. Cuba salingkait subjek dengan apa yang kita pelajari sebelum ini.

5. 'Agak-agaknya Saya Faham.'
Jangan terlalu yakin. Uji diri sendiri dengan berbincang mengenai subjek tersebut. Bina soalan-soalan dengan rakan-rakan kita mengenai bahagian-bahagian penting dan uji sesama sendiri. Sentiasa ingat fakta yang ditekankan oleh pensyarah semasa dalam kuliah. Kaji hubungkait antara setiap topik. Cuba bina soalan-soalan peperiksaan kita sendiri untuk topik yang dibincangkan dan beri jawapan.

6. 'Banyaknya Nak Kena Ingat.'
Susun atur maklumat kita. Maklumat lebih mudah diingati jika dipersembahkan dalam bentuk rangka kerja yang tersusun supaya maklumat boleh diperolehi semula dengan cara yang sistematik. Ada banyak teknik yang dapat membantu kita menyusun atur maklumat baru.

7. 'Baru Sebentar Tadi Saya Ingat.'
Kaji semula. Selepas membaca satu bahagian kaji semula dan amalkan output learning iaitu mengeluarkan kembali fakta yang dipelajari. Cuba reka soalan mengenai bahagian tersebut dan jawab. Jika kita tidak boleh ingat lagi, baca semula pada tempat yang kita tidak ingat. Lebih banyak kita mengambil masa untuk belajar, lebih banyak yang boleh diingat. Walaupun kita boleh ingat kesemua fakta, kita masih perlu terus belajar kerana pembelajaran berterusan boleh menjadikan bahan yang dipelajari tidak mungkin dilupai. Dengan kata lain kita tidak mungkin terlebih belajar. Walau bagaimanapun, bagaimana kita mengatur dan menggabungkan maklumat baru amat penting daripada berapa lama kita mengambil masa untuk belajar. Bukan berapa lama kita belajar yang penting tetapi berapa banyak yang kita perolehi semasa sesi belajar itu lebih penting. Berapa banyak yang kita telah pelajari boleh dibuktikan daripada jumlah soalan yang boleh dijawab. Cuba sediakan soalan berbentuk esei dan jawab sendiri, kemudian cuba jawab soalan aneka pilihan untuk mengukuhkan apa yang telah dipelajari.

8. 'Tapi Saya Suka Belajar Atas Katil Saya.'
Ini tidak baik. Ambil berat terhadap pelajaran kita. Membaca buku untuk pengajian tidak sama dengan membaca buku cerita. Kita mesti belajar dengan kertas dan pen di tangan dan catat atau buat rajah untuk belajar secara aktif. Kita tidak boleh belajar sambil berbaring. Lagi pun, kita boleh ingat semula lebih baik bila situasi belajar sama seperti situasi semasa ujian. Lebih mirip antara suasana belajar dengan suasana ujian, maka lebih banyak bahan yang boleh diigati semasa ujian.

9. 'Saya Belajar Lebih Baik Pada Saat-saat Akhir.'
Ini tidak benar sama sekali. Ingatan bertambah apabila masa belajar meliputi tempoh masa yang panjang. Sudah pasti jika belajar pada saat akhir ada hormon yang boleh dirembeskan akibat tekanan yang membuat kita rasa tangkas, cergas dan bertenaga untuk belajar. Walau bagai-manapun kecergasan ini akan mengakibatkan kita mudah penat dan diserang gelabah terutama sekali apabila kita dapati terlalu banyak yang mesti dipelajari. Belajar di saat-saat akhir adalah sia-sia dan kesannya akan dirasai semasa peperiksaan. Saya pernah melihat rakan saya yang bersikap sedemikian akhirnya terpaksa mengulangi beberapa kertas dan akhirnya terpaksa mengulangi seluruh tahun akademik tersebut dan ada di antara mereka menamatkan pengajian mereka dua tahun lebih lewat daripada sepatutnya ber-banding dengan siswazah lain. Keadaan ini membuat mereka kecewa dan kurang keyakinan diri.

10. 'Saya Akan Berjaga Sepanjang Malam Sehingga Saya Habis Belajar.'
Keadaan ini kurang produktif. Perkara yang amat penting semasa ujian ialah berfikiran cergas. Elakkan keletihan minda. Rehat sebentar berulang kali semasa mentelaah. Sebelum ujian rehatkan minda kita. Adalah amat penting kita menjaga diri kita sebelum peperiksaan. Makan betul-betul, tidur cukup dan bersenam secukupnya dan berdoalah bersungguh-sungguh.

Dipetik daripada buku Bagaimana Menjadi Seorang Pelajar yang Baik dan Berjaya. Dapatkan buku ini di http://www.assohwah.com/

Wednesday, January 16, 2013

MEMBERS OF RECREATION'S CLUB




OUR BIODATA



Aimi shazleen binti abdul hamid (aimie)
Penang
Am110 3A
930506-07-5490
2011101481



Nur ainn binti radzali (aienn)
Baling, Kedah
Am110 3A
920623-02-5020
2011140313






NoorHamira binti dahalin (mira)
Baling, Kedah
Am110 3A
930106-02-5048
2011300965






N0rsolihah binti ya (solie)
Perlis
Am110 3A
930703-09-5044
2011159117

                             PERKHEMAHAN





OBJEKTIF
ØBeri 1 kemahiran tinggi dlm penyediaan tapak khemah berkualiti
ØBentuk sikap berdikari, semangat setia kawan, berdisiplin & kepimpinan
ØBina kekuatan mental dan fizikal (kesusahan)
Mengalami & menyesuaikan diri dgn kehidupan luar

PERATURAN PERKHEMAHAN

•Ikut arahan ketua/pegawai perkhemahan
•Peralatan perkhemahan disusun rapi
•Menepati waktu & bekerja sama
•Melaporkan kejadian tidak diingini kpd peg. bertugas
Kawalan keselamatan

PENYEDIAAN TAPAK PERKHEMAHAN    
Pagar & pintu utama
Dapur
•Khemah urusetia
•Kawasan arena
•Tempat makan, solat
    peralatan & sakit
•Tandas
•Lubang sampah
Ampaian
KEPERLUAN MASUK HUTAN
•Senjata tajam
•Bahan api
•Peta dan petunjuk
•“First Aid Kit”
•Alatan masak & makanan
•Tali
•Baju hujan
•Barang persendirian
•Botol air
Khemah

MENGEMAS HAVERSACK
1.Barang mudah basah dibalut plastik
2.Barang berat di atas
3.Barang besar, sederhana berat di bwh
4.Brg keras di bah. luar
5.Brg yg kerap diguna di poket luar
6.Pek kecil-kecilan
7.Sistem sendiri

PERATURAN MASUK HUTAN

1.Membawa senjata tajam
2.Jgn cakap besar
3.Jgn brgerak waktu mlm
4.Jgn makan buahan/ tumbuhan sebarangan
5.Jgn minum air yg belum dimasak/ tidak mengalir
6.Jgn bahayakan diri

7.Jgn tebang / tarik pokok sesuka hati

8.Jgn buang air besar/kecil sesuka hati
9.Jgn tegur perkara2 yang dirasakan pelik
10.Jgn tinggalkan khemah tanpa memberitahu rakan lain sekiranya berkumpulan
11.Jaga adab sopan

  
CARA DAPATKAN AIR

•Sekiranya punca air biasa tidak didapati, turunlah ke kawasan yang lebih rendah seperti lurah, lembah atau denai. Jika tiada, carilah kawasan yang terdapat tumbuhan hijau dan galilah tanah di situ.

•Lain2 sumber: akar kayu, rotan, buluh, periuk kera, daun & rumput waktu pagi, lumut, hujan, jenis pokok yg boleh perangkap air, binaan seperti perigi, perangkap wap, tadahan serta peluh & kencing.

•Tanda2 air dapat dikesan dengan bunyi dan tumpuan haiwan
•Sebelum minum, pastikan air jernih dan bersih
•Jika perlu, tapis & pastikan ia tidak berbau dan tidak mempunyai rasa