Showing posts with label Aienn. Show all posts
Showing posts with label Aienn. Show all posts

Wednesday, January 2, 2013

IKHTIAR HIDUP


IKHTIAR HIDUP

Assalamualaikum,,,,lamanyaa x tlis blog 6alam niey...cek busy,,,,,hewhew kawan 6alam saya gna blog niey..malas nak create blog bru lecterur cek nk tengok taw smbil promote blog niey,,,:) ok entri niey cek nk tlis psal ikhtiar hidup.Information psal ikhtiar idop kita patut taw mna nk taw nnti kta sesat dalam hutan,gunung taw bukit bukau??? mcam mna  kta patut survive :)

PENGENALAN
1. Ikhtiar Hidup bukan hanya berusaha untuk terus hidup sahaja, namun berusaha untuk keluar dari keadaan tersebut. Di dalam menjalankan aktiviti pengembaraan di hutan sekiranya tersesat ilmu iktiar hidup adalah perlu digunakan.
2. Ilmu ikhtar hidup perlu dipelajari disebabkan perkara-perkara berikut:-
a. Sesat di dalam hutan atau terpisah dari kumpulan.
b. Rintangan cuaca yang tidak mengizinkan pulang mengikut jadual.
c. Terselamat dalam nahas udara atau laut.
3. Kawasan hutan tropika adalah kawasan yang senang untuk ikhtiar hidup. Latihan untuk berikhtiar hidup akan memberi pendedahan, pengetahuan dan keyakinan untuk kita mengatasi keadaan berikhtiar hidup jika keadaan memerlukan berbuat demikian.
4. Dalam kontak Pendidikan Ikhtiar Hidup deertikan sebagai usaha yang harus dilakukan oleh seseorang supaya boleh terus hidup ketika menghadapi sesuatu ancaman atau masalah kehabisan bekalan makanan.

DIFINISI
Berikhtiar hidup adalah kemampuan seseorang atau kumpulan mengatasi sesuatu keadaan ikhtiar hidup di dalam atau luar kawasan musuh.

OBJEKTIF
Kognitif
· Memperolehi pengetahuan tentang asas-asas untuk ikhtiar hidup semasa di laut, di hutan, di bukit, di gunung-ganang atau sebagainya.
· Memperolehi pengetahuan melalui alam semulajadi untuk mencari sumber makanan, tempat perlindungan dan punca-punca air.
· Mempelajari pengetahuan asas dan langkah-langkah keselamatan semasa menjalani ikhtiar hidup.

Psikomotor
· Dapat membina tempat perlindungan rekaganti untuk mengelakkan dqari bahaya.
· Mencari dan menggunakan sumber alam semulajadi sebagai sumber makanan untuk terus hidup.
· Dapat bertindak dengan cepat dan tepat apabila menghadapi sesuatu situasi yang kurang baik.

Afektif
· Membina keyakinan diri untuk terus hidup.
· Memupuk nilai-nilai murni seperti berkerjasama dan bertanggung jawab.
· Memperkembangkan minat terhadap alam semulajadi dan adapt menimati keindahannya.

TEKANAN KEADAAN IKHTIAR HIDUP
Dalam keadaan ikhtiar hidup, beberapa tekanan akan dihadapi oleh seseorang atau kumpulan. Tekanan-tekanan ini jika tidak diatasi boleh melemahkan semangat mereka untuk terus berusaha untuk hidup dan keluar dari keadaan tersebut. Tekanan-tekanan yang perlu diatasi ialah:-
a. Kelaparan
b. Kehausan
c. Kesakitan
d. Kesejukan dan kepanasan
e. Keletihan
f. Kesepian dan ketakutan




PERATURAN ASAS IKHTIAR HIDUP
Faktor paling penting dalam sesuatu keadaan ikhtiar hidup adalah kemahuan seseorang untuk terus berusaha untuk hidup dan keluar dari keadaan tersebut. Tanpa kemahuan dan sikap yang positif serta ketahanan mental yang tinggi, adalah mustahil untuk mereka mengatasi keadaan tersebut. Dalam usaha untuk mengatasi keadaan ini, peraturan-peratusan asas berikut perlu dipatuhi:-
1. Jimatkan tenaga. Kekurangan makanan atau makanan yang kurang berkhasiat, kekurangan air minuman serta keadaan medan dan cuaca akan melemahkan tenaga kita pada kadar yang cepat. Dalam keadaan demikian kita hendaklah berhati-hari dalam setiap kegiatan kita supaya kita tidak menggunakan tenaga yang keterlaluan. Perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian dalam usaha menjimatkan tenaga.
a. Pergerakkan dari satu tempat ke tempat yang lain hendaklah dirancang terlebih dahulu supaya kawasan-kawasan yang paling senang dilalui digunakan. Semasa berjalan, perlu berhenti untuk berehat setiap jam perjalanan.
b. Elakkan bergerak pada waktu malam, jika keadaan mengizinkan. Jika perlu bergerak pada waktu malam pilih jalan-jalan yang selamat dan senang untuk dilalui.
c. Elakkan dari melakukan kerja-kerja yang tidak penting dan bekerja pada waktu malam.
2. Dapatkan Rehat Yang Cukup. Tenaga manusia akan pulih melalui rehat dan tidur yang cukup. Tempat perlindungan yang terlindung dari cuaca panas atau sejuk, hujan serta binatang buas dan serangga perlu di adakan.
3. Jangan Bersusahan. Elakkan dari memikirkan perkara-perkara yang tidak ada kaitan dengan usaha untuk mengatasi satu keadaan ikhtiar hidup. Perkara-perkara ini mungkin kan melemahkan semangat atau mengganggu konsentrasi kita dalam menghadapi keadaan tersebut.
4. Alat-alat Ikhtiar Hidup. Sebagai persiapan untuk menghadapi sebarang ikhtiar hidup khususunya semasa pengembaraan seseorang itu perlu mengambil persiapan seperti di bawah:-
a. Perubatan:-
i. Panadol unuk sakit kepala, deman dan lain-lain.
ii. Lomotil untuk cirit birit
iii. Cadusil untuk radang perut.
iv. Antibiotik
v. Ubat gatal
vi. Plaster, pembalut dan ubat luka.
b. Makanan. Jenis makanan yang berkhasiat adalah seperti berikut:-
i. Bungkusan horlick (gandum) atau milo.
ii. Bungkusan glukus
iii. Bungkusan gula
iv. Bungkusan garam
v. Pil-pil vitamin


TUMBUH-TUMBUHAN HUTAN
Dalam hutan tropika banyak tumbuhan yang boleh di makan. Tumbuhan ini kebanyakkannya tumbuh dikawasan yang rendah dan lembab. Kebanyakkan tumbuh-tumbuhan hutan tidak enak rasanya tetapi dalam sesuatu keadaan ikhtiar hidup, tumbuhan ini merupakan bahan makanan yang utama untuk kita mengatasi kelaparan.

UJIAN TUMBUH-TUMBUHAN
Kebanyakkan dari kita tidak pasti adakah sesuatu tumbuhan itu boleh dimakan tau tidak. Sebelum kita makan sesuatu tumbuhan yang tidak dikenali, ujian-ujian perlu dijalankan untuk memastikan adakah tumbuhan itu boleh dimakan atau beracun. Peringkat-peringkat ujian adalah seperti berikut:-

1. Menghidu. Hancurkan sebahagian dari tumbuhan yang hendak dimakan dan hidu. Jika tumbuahan itu berbau luar biasa kemungkinan ia tidak boleh di makan. Walau bagaimana pun tidak semestinya semua tumbuhan yang berbau tidak boleh di makan. Elakkan tumbuhan yang mengeluarkan getah yang banyak.
2. Gatal-Gatal Kulit. Gosak bahagian tumbuhan yang telah dihancurkan pada bahagian kulit yang sensetif. Jika terjadi kesan-kesan merah atau gatal-gatal pada bahagian kulit, bermakna tumbuhantersebut tidak boleh dimakan.
3. Bibir, Lidah dan Mulut. Gosok bahagian tumbuhan yang telah dihancurkan pada bibir dan mulut. Jika tidak merasa gatal-gatal selama 2 minit, gosok bahagian tumbuhan itu pada bahagian hujung lidah. Jika tidak merasa gatal-gatal atau mual masukkan bahagian tumbuhantersebut dan kunyah. Semasa mengunyah perhatikan reaksi berikut yang menunjukkan bahawa tumbuhan itu tidak boleh dimakan.
a. rasa kelat dan sepat
b. rasa loya
c. rasa gatal-gatal dedaun mulut.
4. Menelan Sedikit. Jika tiada sebarang reaksi negetif dari ujian peringkat pertama hingga peringkat ke tiga, kita menelan sebahagian kecil tumbuhan yang telah diuji dan tunggu selama 2 jam untuk memastikan makanan tersebut boleh dimakan. Tumbuhan itu tidak boleh dimakan jika terdapat reaksi berikut:-
a. rasa mual
b. sakit perut
c. demam dan sakit sendi tulang
5. Makan sedikit. Jika tidak ada reaksi kesan keracunan semasa ujian peringkat 1, kita boleh teruskan memakan sebahagian kecil tumbuhan yang telah diuji. Jika tidak ada sebarang reaksi selepas menunggu 2 jam bermakna bahagian tumbuhan itu boleh dimakan.

PERATURAN MELAKSANAKAN UJIAN.
Semasa menguji tumbuhan-tumbuhan perkara-perkara berikut mesti dipatuhi:-
1. Jangan memendekkan ujian.
2. Kalau rasa ragu-ragu jangan makan.
3. Buah-buahan hutan yang dimakan oleh binatang boleh dimakan.
4. Tidak semestinya kalau burung makan kita boleh makan.
5. Tentukan tumbuh-tumbuhan yang sama banyak disekelilingnya.
6. Tidak semestinya satu pokok semua boleh makan.
7. Buah yang manis tidak semestinya semua boleh makan.
8. Buah yang masam semuanya boleh makan.


TINDAKAN JIKA TERMAKAN TUMBUHAN YANG BERACUN
Dalam keadaan ikhtiar hidup, jika kita termakan tumbuhan yang beracun tindakan kecemasan adalah seperti berikut:-
1. Muntuhkan tumbuhan tersebut dengan cepat.
2. Minum air bersih yang telah dimasak.
3. Makan sedikit arang kayu untuk mengeluarkan keracunan dalam badan.
4. Dapat bantuan perubatan dengan segera.

TEMPAT PERLINDUNGAN
Dalam sesuatu ikhtiar hidup tempat perlindungan adalah penting untuk melindungi kita dari kepanasan matahari, hujan dan kesejukan. Tempat perlindungan memberi peluang kepada kita untuk tidur dan rehat. Tanpa peralatan untuk membuat tempat perlindungan seperti ponco, khemah, kita boleh improvisasi tempat perlindungan dengan menggunakan sumber-sumber hutan yang sedia ada.

MEMBINA TEMPAT PERLINDUNGAN
Sebelum kita membina tempat perlindungan perkara-perkara berikut perlu dipertimbangkan.
1 Bahan-bahan yang digunakan seperti kayu, tali dan daun utuk membuat atap senang didapati dikawasan tersebut.
2 Selamat dari binatang-binatang liar dan serangga-serangga yang memberhaya.
3 Selamat dari bencana alam seperti tanah runtuh, banjir dan pokok-pokok yang mati.
4 Berhampiran dengan sumber air dan makanan supaya senang didapati.
5 Selesa untuk kita tidur dan rehat bagi jangka masa yang dirancangkan.

JENIS-JENIS TEMPAT PERLINDUNGAN
Beberapa jenis tempat perlindungan atau pondok hutan boleh dibina dengan menggunakan bahan-bahan hutan yang sedia ada diesuatu kawasan.
1. Pondok Sementara. Pondok ini merupakan jenis perlindungan yang paling senang dibina dan untuk kegunaan jangka masa yang pendek. Pondok mesti dibina di atas tanah yang rata dan kering.
2. Pondok Jangka Panjang. Pondok ini dibina jika ingin berkhemah untuk jangka waktu yang lama atau keadaan tanahnya sentiasa lembab dan tidak rata.3. Pondok dalam kawasan Rawang. Pondok ini dibina jika keadaan berkehendakan kita berlindung dalam kawasan rawang (berpaya). Tempat perlindungan yang dibina hendaklah selamat dari air pasang.
BAHAN-BAHAN PEMBINAAN.
1. Atap . salah satu bahagian tempat perlindungan yang penting adalah atap. Dalam hutan atap boleh diperolehi dari pokok-pokok berikut:-
a. Daun palas gajah dan palas biasa.

b. Daun rumbia atau nipah.
c. Daun bertam
d. Daun pokok kabung dan enau.
e. Daun mengkuang.
f. Buluh dan kulit kayu
g. Daun-daun lain atau bahan-bahan yang sesuai.

2. Tiang dan Alang. Bagi mengukuhkan struktur binaan pondok. Kayu-kayu yang terdapat di dalam hutan boleh dijadikan tiang dan alang. Kayu-kayu tersebut hendaklah dari saiz yang bersesuaian supaya dapat menampung berat badan dan tahan untuk jangka masa yang diperlukan. Jenis-jenis kayu yang beracun seperti rengas hendaklah dielakkan. Rangka kayu hendaklah sesuai dengan bahan-bahan untuk membuat atap.
3. Tali. Tali-tali digunakan untuk mengikat dan memperkukuhkan tiang-tiang, alang dan atap. Tali-tali yang digunakan boleh diperolehi dari kulit kayu, roran dan akar-akar yang boleh diperolehi dari hutan.

Ok setakat niey ja cek dapat kongsi info pasal ikhtiar hidup, harap suma get new knowledge bout ikhtiar hidup
ngee3 disediakan oleh NUR AINN RADZALI, AIMI SHAZLEEN ABDUL HAMID ,NORSOLIHAH BINTI YA & NOORHAMIRA BINTI DAHALIN.
INFORMATION BY http://kembarakedah.blogspot.com/2009/03/ikhtiar-hidup_10.html

Thursday, January 5, 2012

anatara aq,,kayun n ummul

assalamualaikum...

tiba2 tdi menjengah satu memori lalu di kotak mnda aq....hhah story ini antara aq,kayun n ummul wktu tme skolah dulu,,tme kmi dmarahi oleh cikgu azrul,,,huhu wktu 2 phak disiplin bwu jaa wat rule psai lpas blek prep tkaq bju sukan,,,anda dilarang sama sekali memakai uniform skolah
msuk dewan mkan,,,start ari 2 laa,,,undang2 2 dkuatkuasa,,hurm tba2 blek prep kayun n ummul ajak aq,,,jom p dwan mkan,,hurm,,weyh kta pkai bju skolah mna leyh masuk dwan mkan,,,aih xpa aih,,,jom kta tkaq dlu bju t kta p la mkan,,,serentak kayun n ummul cakap,,aq taw ang kenyang dah,,tersentak aq,,,aih mna ad,,,mngkin wktu 2 dpa lapaq tahap gabai dh 2 tnpa mnghrau nsihat aq,,ok la dmi sahabat tersayang p laa kmi bertiga mkan kt DM,,,ingat g wktu 2 mkan bubuq jgung,,,excited gla msuk DM,,aq rsa awat x sdap ati niey,,,dh amek mkanan n n duduk laaa....tba2 dgaq satu suara mnjerit dri blakang pergh kuat tahap cipan,,,,woi!!!! korang 3 dtang sini!!!! YA ALLAH malunyaaa wktu 2 xtaw nk smpan mka kt mna,,,abg n kak DM suma tgok kami,,,huhu tebai mka glaaa.... p laa kmi bertiga kt atas stage kt DM 2,,,ckgu azrol duk kt atas stage 2,,,x leyh byang mka dya wktu tu,,,mcam singa kelaparan mnanti mngsa...wktu 2 takut sgt2,,,huhu nk nanges ja rsa,,,korang taw x peraturan bwu?? aq tnye niey,,,kami ber3 tunduk jaaa,,,tgok aq bla ckap....tkutnyaa wktu 2,,,jntung mcam brhnti brdgup seketika.korang niey besar kepala,,,aq sje nk tgok ade owang x yg lnggar rule,,mntang bdak form3 & form5 ade
event korang naik kepala,,,,wktu 2 kmi bwu form 2,,mcam2 dya tnya,,,last skali dya ckap tlis nma,bilik,n kelas,,,nnti anytime aq akn pnggil korang suma utk isi borang salah laku,,,lpas drpd suma 2 kmi p amek mkanan,,,suma pkat tnya sma2 sndiri ang nk mkan x?? 3 owang kmi suma ckap aq xdak selera nk mkan,,,buang jaa bubuq jagung tdi,,,hahhahah wktu p tdi p dengan mka gajah blek dgan mka tikus,,,hahhaha,,,,selepas dri situasi 2 kmi bertiga jnji jgn bgitaw kt spa2 taw,,,malu,,,tpi aq rsa lpas drpd 2 ad jga owang yg taw kowt,,,hahhah setiap detik,,saat klaw kt prhmpunan kmi sntiasa takut ckgu azrol announce nma kmi,,,tpi smpai last dya x announce pown...mngkin dya lpa taw krtas yg kmi tlis nma tu ilang....hahhahha :P itulah cerita antara aq,ummul n kayun,,yg sentiasa segar bgar d ktak fikiran aq....

Thursday, May 5, 2011

lallalalaa,,,

assalamualaikum,,,,,
lamanya x tlis blog niey,,,huhuhu xpa la sahabat2 trsyang dh mncriakn blog niey,,,huhu sbnaqnya saja ja,,,xdak keja,,,huhuhu sahabat2 skalian aq dh start keja,,,nk ckap hepy,,,tpi hti slaloo mnidakknnya,,,penat ad la,,,mayb bwu 4 ari keja,,,,hti niey lbih mrindui sahabat trsyang....huhuhu luv u all,,,,,,:)

Sunday, December 26, 2010

Sahabat,,sahabat,,,sahabat,,,:)

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah,Maha Pengasih

Assalamualaikum,,,,

Syukur ke hadrat ILAHI coz dpt gak cretkn blog buat pertama kalinya,,,,hepynyaa rasa,,,huhuhu coz dpt jgak cntribte kt sahabat 6 alam n suma,,,,btw saya niey bknlah org brjwa sstera,,,xpndai la tlis ayt bnga2,,, x mcm shabat 5 alam lgi,,,,dpa suma mmang jwa sastera,,,,cayalah tambah2 lgi si ummul n kayun,,,,huhuhuhu mmang brjwa sastera.ok,,, blog first niey sya nk tlis psal shabat,,, mmandangkn blog niey blog sahabat kn? insyaALLAH sahabat di dunia dan AKHIRAT,,,,,amin,,,,:) sahabat,,,sahabat,,,sahabat,,,

APA ITU SAHABAT??

Klaw kta tnya owang ap itu sahabat,,,msti sbhgian bsar akn ckap,,,,sahabat itu owang yg syang kt kta,org yg paham kta,org yg sntiasa hdir saat kta ssah,mau kngsi ska dka,org yg mau dgr kluh kesah kta,org yg mau brshbat dgn kta ap adanya,yg mndkat saat sluruh dnia mnjauh,dan byk lgi,,,:)

Pngrtian itu sdah tntu kta slalu dgar dri kbyakn owg,,nmun thukah anda,pngrtian shabat xlah seegois 2,,taw psal ap sya ckap cm2,,,coz evrythg pngrtian 2 trpsat kt diri kta shj,,iaitu utk kta.

Bru2 niey saya trbca stu artikel psal sahabat,snggh trsntuh hatiku,,:) apabla sorang hmba ALLAH 2 mmbri pngrtian sahabat bgi sdut pndangannya,,,nk taw ap?? dya ckap "SAHABAT ADALAH ORANG YANG DMNA SAYA MERASA SENANG KALAU DAPAT MMBRI SESUATU KEPADANYA".Itulah prtama kali saya bca dri artikel pngrtian sahabat yg tulus dan x seegois.Oleh itu saya wt rmusan sndiri hahaha :P mngkin lbih tpat pngrtian sahabat niey,,,ngee2

"Orang yg kta syg,,,:) orang yg slalu ingin kta doakn,,,:) orang yg ingin kta pahami lbih dalam,,,:) orang yg ingin kta bgi snang ktk kta snang,,,,:) dan tidak ingin kta bbani ktk ssah,,,:) dan mnakala ia ksepian dan mrasa jauh drinya,,,mka kta ktakn: Sahabatku,,,sungguh sluruh dnia x prnah mnjauh drimu,,jstru ktalah yg mnjauh dri mreka,mrilah kta smbut mereka,mri dgr impian dan cta2 mereka,smbutlah tawa mereka,kesatkn tgis mreka,kerana itu adalah cnta,,,:) he9

Prnah Rasulullah S.A.W dtnya oleh para sahabat,"apakah ciri2 sorg manusia yg bleyh djdikn
'TEMAN BAIK"? Baginda mnjawab,"Dia adalah tman yg sma2 mmbntu ktaktika kta mngingati ALLAH S.W.T & dia jgalah yg mmbri pringatan kpd kta ktika kta alpa & lalai mngingati-NYA".

Diharapkn kta suma dpat mnjadi sahabat sperti yg sya nyatakn tdi,,,AMIN,,,:) mrilah kta brsahabat kerana ALLAH,,,:) hurm rasanya stakat niey ja yg dpat saya tlis n kngsi ngan suma,,huhuhu,,,hrap saya dpat kngsi lgi ngan suma utk next blog,btw life saya agak busy,,,so xleh laa slaloo mngupdte blog niey,,,besala life as studnt byk keja kna wat kn,,,huhuhu...ok papai suma,,,,:) assalamualaikum...

WASSALAM :)