Wednesday, March 6, 2013

PERTOLANGAN CEMAS

DEFINISI PERTOLONGAN CEMAS

Rawatan pertama diberi kepada pesakit/mangsa kemalangan.
Usaha rawatan pertama dalam keadaan kecemasan sebelum ketibaan ambulans / pesakit 
mendapat rtawatan dari doktor.
Matlamat utama:
      >untuk menyelamat nyawa
      >mengelakkan kecederaan dari bertambah  buruk 
      >mengurangkan kesakitan.
      >sebagai persediaan sebelum diambil alih oleh doktor 

 SISTEM PERNAFASAN
Semasa kita bernafas, kita menyedut & menghembuskan udara
Udara yang disedut dibawa ke paru-paru dan meresap oksigen ke dalam darah
Udara yang disedut hanya ada 21% oksigen, selebihnya kompisisi gas nitrogen
Badan kita memerlukan 5% oksigen untuk melakukan proses respi



LUKA
luka terjadi disebabkan oleh pecahnya bahgian kulit selepas sesuatu kecederaan
(calar dan terbakar juga bolehdikategorikan sebagai luka)

Jenis – jenis LUKA
• Luka Terbuka
• Luka Tertutup

Luka Terbuka lebih merbahaya berbanding Luka Tertutup kerana :
Mengakibatkan pendarahan
Boleh menyebabkan jangkitan
Lambat sembuh

 BALUT
Pembebatan adalah diperbuat daripada jenis kain kasa yang boleh 

digunakan untuk menutup luka.



Fungsi pembebat dan balutan adalah:

Mencegah jangkitan kuman.

       Menyerap kotoran yang keluar seperti tanah dan darah.

Mengawal pendarahan dan melindungi luka.


Jenis-jenis pembebatan ialah:

Paraffin - biasanya digunakan untuk luka besar.

Pembebat melekat - plaster, digunakan untuk luka kecil.

Pembebat berubat - kain kasa yang disapu ubat pembunuh kuman.

Pembebat biasa - gauze


Peraturan membalut:

Bersihkan tangan dengan sabun. Jangan sentuh luka dengan tangan kotor.

Cuci luka dari tempat luka ke arah keluar supaya kuman tidak masuk kawasan luka.

Lekatkan pembebat mengikut saiz luka. Jangan bercakap atau batuk kearah 

tempat luka.

Gunakan pembalut untuk memegang pembebat.


 Jenis-jenis pembalut yang biasa ialah :

Pembalut bergulung - berasal dari kain kasa, WOW bandage.

Pembalut segi tiga, lebar dan tirus - terdiri dari kain segi tiga dari jenis kain kaliko. 

pembalut cincin - diperbuat dari pembalut tirus.

pembalut kain krep - biasanya digunakan untuk kes terseliuh.                                                                                                                                           




PATAH
 Kepatahan (fraktur) merupakan salah satu kecederaan yang sering di alami oleh mangsa kemalangan. Kecederaan tulang, sendi dan otot terjadi disebabkan oleh :
  
ØPukulan secara langsung yang tepat dan kuat. Kecederaan berlaku pada tempat yang kena pukulan, misalnya kaki dilanggar kereta.
ØPukulan sipi. Kecederaan berlaku jauh dari tempat pukulan, misalnya patah tulang peha kerana jatuh dari tempat tinggi.
ØKecederaan otot (strain). Otot telah diregang secara berlebihan. Terjadi kerana menggunakan otot secara mengejut. Sering terjadi pada ahli sukan.
ØTerseliuh. Kecederaan pada sendi akibat rentapan yang kuat dan mengejut. Contoh pergerakan mengejut seperti berpusing secara mengejut semasa berlari.
Dislokasi (dislocation). Hujung tulang sendi terkeluar dari kedudukan normal. Sering terjadi pada jari kaki atau tangan

                                     
 JENIS ANDUH

Anduh Besar – Keadaan Patah Tangan

• Anduh Segi tiga – Keadaan pendarahan

di lengan

• Anduh Kecil – Keadaan patah atau

pendarahan tetapi menggunakan

sebarang bentuk balutan tanpa

menggunakan pembalut segi tiga.








No comments: