Sunday, May 10, 2015

Backpacking to Japan (Winter 2015) #Kyoto

01 February 2015

Pukul 12.00 baru bertolak keluar dari rumah Alin.
Cuaca sejuk melampau menyebabkan kami malas nak keluar dari selimut. (alasan semata)
Nak spend masa dengan Alin sebenarnya.Eceh


Tudung Shah ja maintain

Alin dan gerek


Kami berjalan ke arah Edobashi station untuk naik train pukul 12.20 a.m. Perjalanan kami menghala ke Kyoto yang mengambil masa lebih kurang 3 jam.

Perjalanan kali ni agak mencabar sebab terpaksa tukar train 4 kali. Jadi, kena alert which station kita kena stop dan tukar. Nak jimat punya pasal. Yang ni pun dah dekat RM50 duit Malaysia.

Sampai di Kyoto dah pukul 3.30 p.m. Aaaa sejuk..cari toilet. Ambil wudhu dekat sink. Cari ruang kosong yang tak ramai orang lalu untuk solat.

Oh ya. train yang kami naik tadi tu pelik sikit. Kami hanya beli tiket ke station Tsu. Lepas tu, dari Tsu pakcik tu hanya bagi satu kertas kecil warna putih dan kami kena naik p Kyoto. Sampai di Kyoto Station baru bayar kat kaunter fare adjustment. Kira kertas putih tadi dia bagitau station mana yang kami naik.

Kyoto Station ni ala2 KL Sentral sebab besar dan baru dan ada Isetan dalam tu. Kami saja la masuk Isetan nak merasa heater kan sebab nak pi sightseeing dah tak sempat. Masa tu dah pukul 4, pukul 5 dah maghrib(malam) gelap tak nampak apa dah. Pastu nampak la scene yang selalu ada dalam cerita Korea. Scene anak orang kaya pi shopping bawak bebanyak paper bag chanel, salvatore, coach and etc. 


Kyoto Tower

Bukti jejak kaki kat Kyoto



Plastik H&M berisi maggi goreng



Then lapar. Oh sebenarnya kami bawak bekal maggi goreng hari tu. Tapi tadak tempat untuk makan. Pastu nampak kedai donut. Setelah google dan tanya kawan2 kat Jepun yang mana boleh makan, kami pun pi la beli. Mr Donut nama kedai tu. Pastu order hot chocolate sekali. Aku ni bukan peminat hot beverages, tapi di Jepun ni aku jadi obses dengan hot beverages sebab sejuk sangat2.
Yang mana pangkah tu tak boleh makan.

Kami hanya menghabiskan masa kami di Kyoto dengan makan donut. Mr Donut punya donuts ni keras. Aku tak sure memang naturally dia keras atau sebab sejuk sangat dia jadi keras. Tapi kami cuba telan sikit sikit untuk tunggu sampai pukul 7.30 malam. Donut kat sini tak semua boleh makan, kami google tengok hat mana halal, dan terhasillah seni di atas. Lepas makan donut keras, kami pi collect beg dan solat jama' ta'khir Maghrib dan 'Isya.

Oh masa tengah lepak makan donut tu, ada la 2-3 kali pi toilet. Sejuk kan, toilet pulak syok jenis luas dan canggih. Tekan2 keluaq ayaq, flush pakai touch tapak tangan kat dinding ja. Ada la satu scene ni, laka2 la jugak. Aku baru ja masuk, toilet dok tanggal mafla, tetiba ada orang ketuk. Aku macam,
" eh, ni tandas private ka?"
 "eh, aku dah masuk lama ka"

Aku keluaq kot, takut. Tatau takut apa. Tengok ada sorang wanita jepun dok tunggu. Aku pun patah balik pi kat Shah pastu cerita kat dia. Dia gelak kata kot budaya depa kat sini kalau tatahan ketuk jaa. K.

Pukul 9 macam tu gerak pi cari Ibis Styles Hotel sebab bas yang akan kami naik pi Tokyo tunggu kat situ. Kami dah book siap2 tiket ke Tokyo ni dari Malaysia lagi. Kami naik Willer Express Tiket dari Kyoto Station ke Ikebukuro berharga 5500 yen. 1 row ada 4 seat. 2-2. Macam bas express kat Malaysia cumanya ruang kaki dia lebih luas dan seat dia boleh recline almost flat. Jadi nyenyak lah tidur kami malam tu.

Hari kedua tak banyak aktiviti pun. So, tips dia beli tiket bas awal sebab, possibility untuk tiket bas habis tu ada. Kena tengok jugak time tu weekend ka apa ka. Actually kami nak beli tiket ke Disney resort terus tapi dok delay delay, last sekali tiket habis dan terpaksa naik bas ke Ikebukuro dulu.

Sorry takleh nak cerita pasal sightseeing kat Kyoto sebab memang tak pi pun.

No comments: