Sunday, May 10, 2015

Backpacking to Japan (Winter 2015) #Disneyland Tokyo

2 February

Tidur yang begitu nyenyak berakhir di Ikebukuro.
Seawal jam 5.30 pagi dah sampai di Ikebukuro.

Dalam kedinginan pagi, dan masih dalam keadaan separa sedar, pak cik bas tanya 

“nak pi mana?” 
“Ikebukuro eki”

terus dia tunjuk arah stesen. La..depan bas ja ka. K. Tourist kan, besa la..harhar.

“arigatou gozaimasu” 

Berjalan ke arah stesen dan cari line yang kami akan naik. Line train ni kami pakai google ja tau, type “ikebukuro Station to Shin Urayasu Station”. Nanti akan keluar route ke sana. Oh ya, kami ke Shin Urayasu sebab hotel yang akan kami stay malam ni berada di kawasan ni. 

So, we bought the ticket to Shin Urayasu station. Here, we learned on how to use the machine ticket. Pakcik stesen suruh kami beli kat mesin. Rupanya nak naik train kat sini kena tau berapa harga tambang ke stesen yang kita nak pi tu.
The machine ticket.

Machine tiket depa tak sama langsung dengan kita punya. Nampak kat screen tu ada nombor sahaja. Jadinya, kita kena tau where exactly we are heading and how much is the fare. Macam mana nak tau fare dia, GOOGLE. Dia akan keluaq berapa ratus yen nakpi station tu. Then, pilih fare tu kat screen machine tu, then pilih number of pax, then bayar. Dapat tiket terus masuk ke tempat menunggu. 

Contoh : Nak ke Shin Urayasu tambangnya adalah 170 yen, so masa beli tiket kat mesin tu, pilih yang tulis 170 yen. Kalau kat Malaysia, nak beli tiket lrt kita pilih destinasi kan, kat sana pilih nilai tambang ya. Patut la depa pandai Math.

Their trains are very punctual and the google maps is very helpful. Very detail, the departure time and the fare are precisely accurate.

After about 30 to 45 minutes we arrived at Shin Urayasu. Jika tadi di Ikebukuro masih gelap, sampai di Shin Urayasu matahari dah macam pukul 9 padahal masa tu tak silap baru pukul 7.30 pagi. One thing that pop in our mind once we arrived at the station is right or left. Argghhh.. so yeah we used the Iphone map to locate our hotel and walked there. The hotel was located quite far from the station. 

Berpandukan map di Iphone Shah kami berjalan ke hotel. Ini part paling mencabar. Kami berjalan 1.4 km baru jumpa hotel. Itupun map bagi jalan paling dekat iaitu melalui belakang hotel, dari kejauhan nampak pagar. Perghhh,, takkan kena patah balik ikut jalan depan. Pastu Shah yang sememangnya tak rabun nampak ada lubang kat pagar tu. K, memang mencabar, kami redah lubang pagar tu macam pencuri ja.

Masa berjalan tadi aku dah mula berjinak-jinak tanggalkan gloves. Bernafas sikit tangan aku. Matahari kat sini memang best sangat. Walaupun still sejuk tapi at least ada matahari. Oh baideway, Shin Urayasu ni tepi laut. Dah kawasan Tokyo Bay so matahari, laut, tak dapat dipisahkan.

Oh we stayed at Mystays Shin Urayasu. 
New and nice hotel. Seriously, I loved the hotel. One thing about travelling is accomodation. Well I don't know about you but for me, I would prefer to stay in a value for money hotel since we're going to rest and eat in here, so to find a hotel which is convenience and comfortable is essential.

Mystays Shin Urayasu
Photo courtesy: Google

The things that I looked for while searching for a hotel in Agoda before we travelled are :

1. The location must be walking distance from the nearest station.
2. The cost must not exceed RM90/person per night,consider cheap since we're in
    Japan,everything is expensive here!
3. It must not be a shared bathroom accommodation, well it's quite tedious you know wearing
    tudung to toilet.
4. Great reviews and rating. ( Score 7.5 and above)

Rate untuk hotel kami stay kat Japan. The rate is for 2 pax. Total up hanyalah RM438.12 per person for 5 nights,which after divided with five, dapat dalam RM87 per person per night.


Akhirnya sampai jugak hotel. Hotel ni serius cantik walaupun 3 bintang ja.Receptionist, a guy, pun cute walaupun pendek. Layanan sangat tip top. Nora bagi 5*. 

Kami saja la tanya kot2 boleh check in dah kan. Dan seperti skema jawapan dalam pala otak kami, mesti lah tak buleh. So, dia offer untuk simpan beg kami. 

Okay. then, dia pandukan kami ke arah toilet. I mean, sangat helpful sampai dia memang bawak kami sampai depan toilet ok. Mau Nora tak bagi 5*. Toilet baru, luas dan harum dan best.

 Why best? siap ada meja solek you know. Meja solek hat ada plug untuk charge. So, apa lagi sambil membersihkan diri sempat lah caj phone dan mobile wifi serta powerbank. Orang tadak dalam toilet tu kami buat macam bilik kami, dengan bagasi apa semua kami bawak masuk letak bawah meja solek. 

Dah siap solat kami pi letak bag dekat reception desk tadi. Pastu tanya receptionist bas seterusnya ke Disneyland pukul berapa, pastu dia kata

“ikut saya”sambil berlari anak. orang Jepun kalau lari pun cute na..kbai

Pastu dan2 bas tu jalan, punctual takdak dah.. maka sejam lagi lah menunggu nampaknya..

Sebelum terlupa, Mystays Hotel Shin Urayasu ni ada shuttle bus ke Disneyland dan Disneysea. Walaupun hotel dia gila jauh dari stesen kereta api tapi dia ada servis ni, so tak payah risau. Dan hotel ni fully booked masa kami sampai tu. Nasib baik book awal. Rate untuk 1 malam adalah RM148, which is standard lah walaupun ni kategori hotel bajet. Hostel kurang sikit ja dari harga ni, kena share bilik dan toilet. Which is, baik duduk hotel ja.

Kami breakfast makan megi goreng dan donut hat tak habis semalam. Berjimat cermat amalan traveller. Ingat tu!

So, the journey began when we board the bus. Bus driver adalah seorang wanita. Mulut dia tak berenti dok cakap, suara ala doraemon, cantik dan senyum sentiasa. When I said, she talked non stop I meant she really did that, from the start, which is at the hotel, sampai depan Disneyland pun dok cakap lagi. Aku paham tang dia sebut Disneyland dengan Disneysea saja. Maaf sensei sekalian( I have 2 senseis), anak muridmu memang mudah lupa.

Dalam pukul 11 kot sampai la kat Disneyland. Layan gambaq la noh





Overall, kalau yang nak save duit better takyah pi Disneyland sebab sangat lah kebudak budakan dah la kena beratoq 2 jam nak naik satu2 ride tu. So tak payah, tak payah. perabih duit dan masa ja. Tatau la kan kalau ada hat jenis nak tangkap dengan castle tu, hat tu memang kena masuk sugguh laa.


Antara ride yang sempat naik.



Balik naik shuttle bus jugak, kaki dah macam nak terlucut. Oh ya, nak pi Disneyland kalau takmau bawak cash banyak takpa sebab boleh pakai credit card untuk beli barang2.. Aku dan Shah beli coklat muka Pooh. Kami ambik masa lama jugak dok pusing Disney Store tu nak beli cekelat, Sebab setiap cekelat hat kami bekenan, kami tangkap gambaq ingredient belakang tu dan hantaq pi JAKIM buat pengesahan Halal Haram. JAKIM di sini bermaksud Alin dan Izyani. Baguih betoi depa dua ni, dok online sedia untuk kami. Kat Jepun lagi banyak makanan haram dari makanan halal ya adik-adik.

Balik hotel, kami check in. Sebab tak check in lagi tadi. Kami bagi la kertas/ tiket kami simpan barang tadi. Dia ambik and cakap 

" your bags already in the room"

Leganya rasa. Best lah hotel ni. 


Our room macam ni.
Photo courtesy: Google
Bilik hotel kat Japan memang sempit2 ya. Toilet macam luas sikit dari toilet kapai terbang ja sebab dia tambah bath tub.







Backpacking to Japan (Winter 2015) #Kyoto

01 February 2015

Pukul 12.00 baru bertolak keluar dari rumah Alin.
Cuaca sejuk melampau menyebabkan kami malas nak keluar dari selimut. (alasan semata)
Nak spend masa dengan Alin sebenarnya.Eceh


Tudung Shah ja maintain

Alin dan gerek


Kami berjalan ke arah Edobashi station untuk naik train pukul 12.20 a.m. Perjalanan kami menghala ke Kyoto yang mengambil masa lebih kurang 3 jam.

Perjalanan kali ni agak mencabar sebab terpaksa tukar train 4 kali. Jadi, kena alert which station kita kena stop dan tukar. Nak jimat punya pasal. Yang ni pun dah dekat RM50 duit Malaysia.

Sampai di Kyoto dah pukul 3.30 p.m. Aaaa sejuk..cari toilet. Ambil wudhu dekat sink. Cari ruang kosong yang tak ramai orang lalu untuk solat.

Oh ya. train yang kami naik tadi tu pelik sikit. Kami hanya beli tiket ke station Tsu. Lepas tu, dari Tsu pakcik tu hanya bagi satu kertas kecil warna putih dan kami kena naik p Kyoto. Sampai di Kyoto Station baru bayar kat kaunter fare adjustment. Kira kertas putih tadi dia bagitau station mana yang kami naik.

Kyoto Station ni ala2 KL Sentral sebab besar dan baru dan ada Isetan dalam tu. Kami saja la masuk Isetan nak merasa heater kan sebab nak pi sightseeing dah tak sempat. Masa tu dah pukul 4, pukul 5 dah maghrib(malam) gelap tak nampak apa dah. Pastu nampak la scene yang selalu ada dalam cerita Korea. Scene anak orang kaya pi shopping bawak bebanyak paper bag chanel, salvatore, coach and etc. 


Kyoto Tower

Bukti jejak kaki kat Kyoto



Plastik H&M berisi maggi goreng



Then lapar. Oh sebenarnya kami bawak bekal maggi goreng hari tu. Tapi tadak tempat untuk makan. Pastu nampak kedai donut. Setelah google dan tanya kawan2 kat Jepun yang mana boleh makan, kami pun pi la beli. Mr Donut nama kedai tu. Pastu order hot chocolate sekali. Aku ni bukan peminat hot beverages, tapi di Jepun ni aku jadi obses dengan hot beverages sebab sejuk sangat2.
Yang mana pangkah tu tak boleh makan.

Kami hanya menghabiskan masa kami di Kyoto dengan makan donut. Mr Donut punya donuts ni keras. Aku tak sure memang naturally dia keras atau sebab sejuk sangat dia jadi keras. Tapi kami cuba telan sikit sikit untuk tunggu sampai pukul 7.30 malam. Donut kat sini tak semua boleh makan, kami google tengok hat mana halal, dan terhasillah seni di atas. Lepas makan donut keras, kami pi collect beg dan solat jama' ta'khir Maghrib dan 'Isya.

Oh masa tengah lepak makan donut tu, ada la 2-3 kali pi toilet. Sejuk kan, toilet pulak syok jenis luas dan canggih. Tekan2 keluaq ayaq, flush pakai touch tapak tangan kat dinding ja. Ada la satu scene ni, laka2 la jugak. Aku baru ja masuk, toilet dok tanggal mafla, tetiba ada orang ketuk. Aku macam,
" eh, ni tandas private ka?"
 "eh, aku dah masuk lama ka"

Aku keluaq kot, takut. Tatau takut apa. Tengok ada sorang wanita jepun dok tunggu. Aku pun patah balik pi kat Shah pastu cerita kat dia. Dia gelak kata kot budaya depa kat sini kalau tatahan ketuk jaa. K.

Pukul 9 macam tu gerak pi cari Ibis Styles Hotel sebab bas yang akan kami naik pi Tokyo tunggu kat situ. Kami dah book siap2 tiket ke Tokyo ni dari Malaysia lagi. Kami naik Willer Express Tiket dari Kyoto Station ke Ikebukuro berharga 5500 yen. 1 row ada 4 seat. 2-2. Macam bas express kat Malaysia cumanya ruang kaki dia lebih luas dan seat dia boleh recline almost flat. Jadi nyenyak lah tidur kami malam tu.

Hari kedua tak banyak aktiviti pun. So, tips dia beli tiket bas awal sebab, possibility untuk tiket bas habis tu ada. Kena tengok jugak time tu weekend ka apa ka. Actually kami nak beli tiket ke Disney resort terus tapi dok delay delay, last sekali tiket habis dan terpaksa naik bas ke Ikebukuro dulu.

Sorry takleh nak cerita pasal sightseeing kat Kyoto sebab memang tak pi pun.