Tuesday, February 17, 2015

Backpacking to Japan (Winter 2015) #Shirakawago

Assalamualaikum readers, 

Berhabuk nau *semboq ayaq sabun buat snow wash*


Alhamdulillah, hasil menyimpan sikit-sikit lama-lama jadi bukit, tercapailah hajat nak ke negara matahari terbit.


My first ever travel dengan Shah to a place where we both, don't understand their language, well I did learned Nihongo but only few that I understood and few that I spoke. I do feel if I stay longer, I can speak their language fluently. Bila keadaan memaksa, apa pun boleh. Gituwww. 


I will get through day by day with mixed languages, and you will find the tips and tricks which you may wanna know as a future traveller to Japan, so make sure to keep your eyes open and try to understand what I am going to write. Okay?


It all started when AirAsia sold the tickets at low price to Japan. So we both bought the tickets. It costed RM307 (included tax) per person. Since we bought in August,we still have 5 months to prepare everything. 


Tips here, buy the TICKET ONLY, no meal, no baggage, no insurance.

Anything can happen, so if you need to called off the plan, you only loss this amount. Baggage, meal and insurance can be bought like a week before you fly. Remember, only the flight ticket price will fluctuate not the add on. 
Tapi ada tapi. Tiket balik semula ke Malaysia adalah tidak murah pada tarikh yang diingini. Jadinya, kami tunggu sampai tiket murah. Plannya pulang ke Malaysia dari Tokyo. Untuk memudahkan kerja, sebab takkan nak check setiap hari kan?(tapi aku buat jugak kalau tadak kerja) buat price alert guna skyscanner (macam gambar), harga naik ka turun ka dia akan update setiap hari kat emel. Ada yang bagi tips kata murah 6 weeks before the date, but I'm not sure the truth, sebab masa aku check 6 weeks before, tadak la murah sangat. Shah beli lagi murah kot. Tiket return boleh dapat around RM900 macam tu. Macam Shah, dia dapat tiket balik NRT-KUL RM600++ so total up dengan tiket KUL-NGO which is RM307 dalam Rm900++.


 Klik dekat "Get Price Alerts" tu. Nanti dia mintak emel address.

                                        


30 January 2015 (1900 - 2359)


Met up with Shah at KL Sentral. 

Beli ERL ticket (please use your KADSISWA, it only costs you RM24.50, n.p will be RM35) since dah pukul 7.00 and we don't want to take risk with bus. Dah plan awal, sebab minggu tu cuti panjang for those who works in KL sebab ada cuti Thaipusam and cuti Hari Wilayah on Monday and Tuesday, so the road must be so packed (I was just assuming, never bother to know the truth of what happened on the road on that day).

 Turun escalator nampak train, berlari masuk ke dalam train dengan beg 10kg di tangan dan 1 backpack penuh makanan kat belakang, sebelum ERL tu blah dan meninggalkan kesan mendalam pada emosi. Arrived at KLIA2 around 8 macam tu. Dua2 laju ja mencari restaurant. We ended up makan mushroom burger kat Wendy's. Maka aku pun bukak lah cerita pasai pengalaman aku jumpa tikuih besaq kat Wendy's **C*. HAHAHAHA.  Setelah jam menunjukkan angka 9 lebih, kami pun dengan lembabnya bergerak ke L3 untuk check in beg. Ini untuk memudahkan kami untuk bergerak dengan lebih bebas. 


Lepas tu pi surau nak semayang jama' ta'khir. Jumpa Soffijamal di luar surau. Lepas semayang, teman Pian pi makan kt foodcourt. Sejam dok gelak2 dengan dia, dok sembang pasai survival lah (tanya dia penah makan monyet, biawak dak?), cuti sikit gaji banyak la, dok mengorat junior tak dapat lah. Pian sangat pakcik2. Kami ni macam anak2 menakan dia hat dok dengaq pakcik dok bercerita. Last sekali Pakcik Pian hntaq kami kat international departure gate pukui 11.40 macam tu.


Airport Police : Nak pi mana ni? *sambil belek passport*

Shah : Jepun, Nagoya
Airport Police : ohhh.. nak pi beli kain ka?
Aku dan Shah hanya mampu senyum, tak lawak la pakcik, dah pkui 12 ni.

Berjalan dengan sangat santai ke gate J4. 


" Ikah, aku rasa tak percaya kita kat Jepun"
" Ya Shah, kita kat Malaysia lagi ni, tak naik flight lagi"
" sungguh noh..haha"

" Ikah, hang minum ayaq tu bagi tinggai 100ml ja"

"bukan tak boleh masuk ayaq pun ka?"
"boleh, kena kurang dari 100ml"
"K"

Sampai kat custom check, memang pakat dok melanggah ayaq depan tu la, sayang ayaq punya pasai. Air takleh bawak ya adik2, tapi lepas tu ada ja kedai yang jual ayaq dan hang boleh beli ayaq tu bawak naik ataih kapai terbang. Jangan tanya pasai pa, aku tatau.


31 January 2015 (0045-0800)


Flight departed.

Kami dapat seat sebelah2 dan sebelah aku tadak orang. Jadinya, 3 seats for two of us. Heaven kot boleh bersila dan buat gimnastik tidoq kaki berlipat. Shah punya style tidoq dah macam nak buat pendaratan cemas.

Well, finally, we only added 20kg baggage. No meal since we were departing at midnight, so we will just spent the 7++ hours journey to sleep tightly?? haha. No, I only managed to sleep about 3 hours but Shah, I can say she is a person who can just sleep anywhere. I need to wake her up when the plane landed though. 


Pukui 8 waktu Jepun kami dah selamat mendarat. Awal 20 min dari jangkaan. So, yeah memang Allah permudahkan. Sebab we already have plan kot untuk hari tu. Tips here, never ever waste your time when travelling, every minute kena guna untuk discover tempat2 menarik and kena disiplin. Tambah2 time winter. Siang pendek weh.


Alhamdulillah, pukul 8.30 macam tu dah clear custome check semua. Cari pintu keluar, tapi nampak macam tadak pintu. Okay, relaks. Aha, nampak perkataan EXIT tapi awat pintu tu tertutup. Aku dan Shah mendekati pintu yang macam lif tu, okay pintu terbuka. Wahhh,,kejakunan bermula. Selalu pintu auto kat tempat kita kan transparent macam kat pasaraya hat ni dia macam pintu lif. Whatever, kami pun jalan nak cari tempat collect mobile wifi. 


Tips : Japan memang negara maju tapi jangan ingat the whole country ada wifi free, so make sure to rent mobile wifi ni. 


Kami ambik hat Global Advance punya, internet okay cuma modem tu cepat habis bateri, tatau la hat brand lain macam mana, tapi hat kami ambik ni kira hat paling murah laa. Sebab apa kena ambik? 

1) dengan adanya internet boleh google train mana nak ambik and route mana paling jimat. 
2) Boleh call family guna LINE 
3) Boleh upload gambaq kat Instagram sebelum tidoq 
4) Boleh update waktu sembahyang kat sana 
5) Boleh hantar gambar ingredient kat belakang makanan kepada kawan-kawan yang belajaq sana untuk pengesahan status halal haram.

Klik sini untuk tengok rupa mobile wifi ni


Next, lepas dah siap pi toilet dan pakai inner baju dan seluaq, keluarkan jaket tebal (jaket tebal,jaket jeans,boots dah letak dalam paper bag siap2, hand carry ja). Dah google tengok route mana paling murah, kami terus ke kaunter train. Kalau kat Nagoya Chubu Centrair ni, train station dia kat level 3. Kami tunjuk route kami nak tu kat pakcik kaunter, dia pun bagi tiket dan kami bayaq. Lepas tu, terus naik train menuju ke Kanayama. Train sangat selesa sebab ada heater. Di Kanayama, kami turun dan beli tiket lain ke Takayama, dan kena tukaq train kat Nagoya tak silap aku. Orang Jepun ni mostly takleh cakap english pun, oleh itu, sekali lagi internet sangat berguna untuk translation, guna google translate dan tunjuk kat dia. Nanti dia bagi tiket. 


Train ke Takayama ambil masa 3 jam. Masa kami naik tu ramai jugak orang naik sekali siap bawak bekal, sedapnyaa... Masa ni lah penyesalan mula menyelubungi diri, dok ralit sembang dengan Pian lupa plan nak seludup burger KFC mai Jepun. Hanya mampu makan twiggies gardenia tu dengan biskut Jacob. Pastu kurma sikit. Berus gigi, basuh muka, isi air dalam botol wudhu semuanya dilakukakan atas train 3 jam ni. Dalam train ada toilet yang pintu tekan2 jugak. Ada sink kat luar toilet, sink yang ada langsir, so boleh tutup kalau malu nak berus gigi secara open.Hahaha.


Pukul 1.05 p.m sampailah kami di Takayama Station. Snow. First time rasa salji and I just don't like it. Haha, rimas dok kena muka, takleh nak angkat muka langsung. Sejuk toksah habaq la, pakai 4 lapis kot. Sebenaqnya kena pakai 5 sebab memang sejuk. Dok pusing-pusing cari Washington Hotel sebab bas kami nak naik ke Shirakawago tu tunggu kat depan hotel tu dan akan bergerak jam 1.20 p.m. Orang Jepun ni, jam depa semua sama na, tadak hat lambat 5 min ka apa, lambat tinggai, tadak kesian2. Jumpa lah kami dengan Washington Hotel, keluar station kena pi belah kanan, terus nampak hotel.


 Kami book Shirakawago Half day tour di Isite. 4000 yen sorang. Kalau ambik bas biasa tu 4300 yen, better yang ni sebab siap ada tour guide lagi. Dia bagi map siap kot2 sesat nanti. Pastu boleh tinggal beg kat dalam bas sebab nanti akan naik bas yang sama. 


Sampai di Shirakawago, seronok sangat berjalan dan tangkap gambaq dalam salji tebal. Agak-agak sejuk taktahan lari masuk kedai yang ada kat situ pastu pi berdiri depan heater. Dua tiga kali dok buat perangai macam tu, beli lah fridge magnet satu. Tanda terima kasih bagi pinjam heater. Dekat dua jam jugak kami dok pusing-pusing kat situ, snow tebal sangat, jadinya view yang diidamkan untuk diabadikan dalam kamera, memang tak nampak sebab tak boleh pi observatory point pun. 


Bas akan bertolak jam 4.15 p.m. Pukul 3.50 p.m kami dah lari-lari nak masuk dalam bas. Sejuk tatahan. Kyoko-san tour guide kami dok lap-lap baju kami untuk mengekalkan kekeringan bas. Puffer memang basah, glove lagi lagi lah.. okay layan gambar



Nampak dak tebai tak tebai salji sampai tenggelam kaki sebelah.


Shah dan pokok.


Rumah "gashho" style


Pukul 5.20 p.m selamat sampai di Takayama Station. Terima kasih kat Kyoko-san semua, kami pun pi kat kaunter tiket. Kena beratur pulak dah, dok tengok train seterusnya pi Nagoya lagi 4 min. Nasib baik sempat walaupun pakcik tu mula-mula nak bagi kami tiket tokyu yang rega 11000 ++ yen. Dia tak paham agaknya, lepas terang kat dia kata nak tiket pi Nagoya baru dia bagi hat betul, hat rega sama hat kami google tadi. Alhamdulillah, walaupun lagi 1 min sebelum train berlepas, gigih dok heret beg semua. 


 Train pun bergerak. Pak cik tiket mai check tiket. Pastu habaq kata tempat kami duduk tu reserved seat, so dia kata tolong sedar diri dah beli tiket murah tu, pi duduk coach untuk non-reserved seat. Ok dak, dia suruh pindah pi duduk coach 1 saja. Padahal bukan ada orang pun. Dengan beg 10kg tu, heret la pi coach 1 dari coach 3. Sampai kat seat, terus lena tak sedaq diri.


Sampai Nagoya, naik Limited Express pi Edobashi. Setengah jam jugak. Then sampai la kat Edobashi. Kami dua orang ja turun, sunyi sungguh tempat tu. Pastu nampak Alin dok tunggu dah. Dia briefing kat kami sambil dok pegang gerek (baca: basikal) kata kena jalan dekat 1km dan pada ketika itu ada snow dok turun lagi. Nasib baik bawak 2 pasang gloves, gigih bukak luggage besaq kat tepi station nak cari gloves punya pasal. Disebabkan gloves baru beli, tag harga pun tak buang lagi, Alin dok beletiaq kata aku beli gloves tu mahal la apa la. Beli kat Malaysia kot, mesti la mahal.Shah senyap ja. Rupanya gloves Shah lagi mahal dari aku (hanya diketahui lepas aku tanya gloves dia beli kat NZ tu berapa). Kalau Alin tau, tobat lagi sakan kena beletiaq.hahaha. Memang Alin akan tau sebab dah blog pun bersama.K.


Malam tu perut kami sangat gembira sebab Alin masak nasi bersama sambal ayam, tomyam ketam salji (snow crab) dan tempe goreng bersama hot chocolate. Sejuk walaupun dalam rumah ada heater, aku siap pakai baju 3 lapis, seluaq dua lapis. Pastu selimut dua lapis. Perghh, rasa macam menyesal pi time winter. Macam ja lah.. Sebenaqnya dak.hahahahaha..